1:29:00 PTG
Panitia Pendidikan Islam SMKTBG
No comments
LAPORAN DARI: USTAZAH NOORADILLAH BINTI HASHIM
Tarikh : 04 APRIL 2012 (RABU 7.45-9.00 am)
Tempat : Dataran Tuan Haji Abdul Malek, SMK Teluk Bahang, Pulau Pinang
Anjuran: Persatuan Pergerakkan Pelajar-pelajar Islam bersama Panitia
Pendidikan Islam
Alhamdulillah, Persatuan Pergerakkan Pelajar-pelajar Islam bersama Panitia Pendidikan Islam berjaya melaksanakan beberapa aktiviti yang menarik kepada semua pelajar SMK Teluk Bahang. Terdapat tiga aktiviti yang dapat dilaksanakan antara ialah Pertandingan Silang kata “MINDA ISLAM” , Cara-cara Bersuci dan Demo Penyembelihan Ayam.
Untuk aktiviti yang pertama ialah Pertandingan Kuiz MINDA ISLAM yang melibtkan 23 Kelab Persatuan yang mengambil bahagian. Soalan-soalan kuiz ini hanya melibatkan tajuk-tajuk dalam matapelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4. Ini bertujuan untuk menguji kepintaran dan kepantasan pelajar-pelajar dalam menjawab soalan-soalan tersebut. Pertandingan kuiz Minda Islam mendapat sambutan yang baik daripada pelajar-pelajar SMK Teluk Bahang sehinggakan semua pelajar begitu kusyuk menjawab soalan sehingga tidak mencukupi masa yang ditetapkan.
Aktiviti kedua ini dikendalikan oleh Ustaz Mohd Tajuddin Ismail dan Ustaz Mohd Siroj bin Abdul Lathiff ialah cara bersuci iaitu berwudu’ dengan menngunakan sebotol air mineral. Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang cara-cara berwudu’ dengan menggunakan air yang sedikit sekiranya berlaku kemaslahatan yang tidak diingini. Bersuci juga satu perkara wajib yang dituntut oleh agama. Apabila seseorang hendak beribadat kepada Allah dia hendaklah bersuci terlebih dahulu sama ada menggunakan air atau alat-alat lain yang di haruskan bersuci.
Aktiviti yang terakhir juga dikendalikan oleh Ustaz Mohd Siroj bin Abdul Lathiff dan Ustaz Mohd Tajuddin Ismail berkaitan dengan cara-cara penyembelihan ayam menurut syariat Islam. Pelajar diberi penerangan terlebih dahulu tentang apa maksud sembelihan. Sembelihan bermaksud menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan memutuskan urat halkum dan urat merih dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana ALLAH dan hukum sembelihan adalah wajib bagi tujuan memakan daging binatang yang halal. Demo ini melibatkan 3 ekor ayam yang disembelih oleh ustaz dan wakil dari pelajar lelaki dan wakil dari pelajar perempuan.
Akhir kalam, terima kasih dan tahniah atas kerjasama semua warga IQRA. Semoga Allah memberkati program kita pada hari ini. Wallahua’lam…
|
Pelajar Khusyuk Menjawab Teka Silang Kata |
|
Ustaz Mohd Tajuddin Ismail menunjukkan kepada pelajar cara berwuduk menggunakan air mineral botol | | | |
|
Pelajar melakukan cara berwuduk menggunakan air mineral | | |
|
Demo sembelihan dilakukan oleh Ustaz Mohd Tajuddin Ismail & Ustaz Rusdi Mansor |
|
Pelajar lelaki memberanikan diri melakukan sembelihan |
|
Pelajar perempuan memberanikan diri melakukan sembelihan |
0 comments:
Catat Ulasan