Sambutan Maulidur Rasul S.A.W 1433/2012
Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Biro Kerohanian Asrama SMKTBG dengan jayanya telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat SMK Teluk Bahang tahun ini bertemakan “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah” diadakan di Masjid Jamek Teluk Bahang, Pulau Pinang pada Jumaat, 10 Februari 2012.Read More...
Majlis Mohon Restu
Setiap kali menjelangnya musim peperiksaan akan diadakan Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat (Majlis Mohon Restu 2011) bersalaman dengan guru-guru sebagai salah satu usaha dan ikhitiar untuk pelajar yang menduduki peperiksaan pada tahun ini agar mereka beroleh kejayaan.Read More...
PROGRAM PENGURUSAN JENAZAH
Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah kepada para pelajar Islam yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan PMR.Read More...
PROGRAM PENGEMBARAAN BERSAMAMU SMK TELUK BAHANG
Program ini bertujuan untuk memberi sedikit sumbangan kepada keluarga anak-anak miskin yang bersekolah di SMK Teluk Bahang serta kepada beberapa keluarga yang memerlukan bantuan di sekitar kawasan Teluk Bahang sempena menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri.Read More...
Jumaat, 30 Disember 2011
100 TIP KEARAH KESEMPUNAAN HIDUP
Jumaat, 11 November 2011
Majlis Bacaan Yasin Dan Solat Hajat SPM Tahun 1432H /2011M (Majlis Mohon Restu 2011)
Kehadiran Ibu-bapa dan waris |
Tuan Pengetua Menyampaikan Alat Tulis Kepada Pelajar-pelajar |
PK Pentadbiran Menyampaikan Alat Tulis Kepada Pelajar-pelajar |
Bacaan Yaasin |
Pelajar-pelajar Khusyuk Membaca Surah Yaasin |
Isnin, 7 November 2011
Tips Persediaan Menghadapi Peperiksaan
1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.
2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.
3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.
4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.
5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
a.
Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.
Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.
Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.
Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.
b.
Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.
Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.
Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.
Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel
Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.
Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.
c.
Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.
Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.
6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.
7. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.
Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.
Ahad, 6 November 2011
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1432H / 2011 M
Panitia Pendidikan Islam SMK Teluk Bahang ingin mengambil kesempatan sempena Hari Raja Haji ini untuk mengucapkan Selamat Melaksanakan Ibadah Haji kepada bakal-bakal Haji dan Hajjah Malaysia yang kini telah berada di Mekah Al Mukarramah. Tahniah kerana telah mendapat jemputan untuk menjadi TETAMU ALLAH SWT dan Panitia Pendidikan Islam SMK Teluk Bahang mendoakan semoga beroleh Haji Mabrur dan selamat pulang ke tanahair aminn..
Panitia Pendidikan Islam SMK Teluk Bahang ingin juga mengingatkan kepada seluruh rakyat Malaysia supaya memahami dan menghayati intipati sebenar maksud Hari Raya Qurban dan bukan sekadar merayakannya hanya dengan menyembelih binatang Qurban serta ziarah menziarahi sanak keluarga dan rakan taulan.
Semoga pengorbanan kita pada tahun ini mendapat ganjaran dan rahmat daripada Allah S.w.t...amin..
Rabu, 2 November 2011
PROGRAM PENGURUSAN JENAZAH 2011
TARIKH : 1 NOVEMBER 2011
MASA : 8.30 PAGI-12.00 TENGAHARI
TEMPAT : SURAU SMK TELUK BAHANG
PENCERAMAH : TN. HJ. PISOL DAN USTAZ SHAFIRUL IMAN B. HJ. PISOL
KEHADIRAN
PELAJAR : 120 ORANG
Khamis, 13 Oktober 2011
KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN SPM 2011
KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN SPM 2011
P/S: Sesetengah soalan disertakan bersama skema jawapan.
SOALAN PERCUBAAN SPM 2011 – SBP
SPM
BAHASA MELAYU
BAHASA INGGERIS
PENDIDIKAN ISLAM
PENDIDIKAN MORAL
SEJARAH
MATEMATIK
MATEMATIK TAMBAHAN
LUKISAN KEJURUTERAAN
TEKNOLOGI KEJURUTERAAN
FIZIK
KIMIA
BIOLOGI
PRINSIP PERAKAUNAN
SOALAN PERCUBAAN SPM 2011 – PERAK
SPM
BAHASA MELAYU [PEMBETULAN]
BAHASA INGGERIS
PENDIDIKAN ISLAM
PENDIDIKAN MORAL
SEJARAH
MATEMATIK
MATEMATIK TAMBAHAN
SAINS
FIZIK
KIMIA (no paper 3)
BIOLOGI
BAHASA TAMIL
PENDIDIKAN SENI VISUAL (no skema)
TASAWWUR ISLAM (no skema)
PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN (no skema)
SIVIK (no skema)
SAINS PERTANIAN (no skema)
TANAMAN MAKANAN (no skema)
SOALAN PERCUBAAN SPM 2011 – TERENGGANU
SPM
KREDIT TO : (edu.joshuatly.com)
Science (w/ans)
Add Maths (w/ans)
Maths (w/ans)
B.Melayu (w/ans)
Biology (w/ans)
English (w/ans)
Chemistry (w/ans)
Tasawwur Islam (w/ans)
Physics (w/ans)
Sejarah (w/ans)
P.Islam (w/ans)
PSV (w/ans)
Perdagangan (w/ans)
B.Cina (w/ans)
Source:
Jaarsmtd
Ming Sheng Lee
banksoalanspm.com
SOALAN PERCUBAAN SPM 2011 – NEGERI SEMBILAN
KREDIT TO : (edu.joshuatly.com)
SPM
Add Maths
B.Melayu
Biology
Chemistry
English
ERT
Kesusasteraan Melayu
Maths
P.Akaun
P.Islam
P.Moral
Perdagangan
Physics
PSV
Science
Tasawwur Islam
B.Cina
Direct Download Link
English
Maths ~fixed missing place.
P.Islam
Perdagangan
PSV Paper 1
Sejarah (w/ans)
Tasawwur Islam
Add Maths
B.Melayu
Biology
Chemistry Paper 2&3
ERT
Kesusasteraan Melayu
P.Akaun
PSV (Complete)
Sains Pertanian
P.Akaun Answers
Physics (all 3 papers)
Kesusasteraan Melayu Answer
B.Melayu Answer
Sains Answer
Perdagangan Answer
Science/Sains Question
P.Moral v2
B.Cina (w/ans)
SOALAN PERCUBAAN SPM 2011 – KEDAH
KREDIT TO : (edu.joshuatly.com)
SPM
BAHASA MELAYU
BAHASA INGGERIS
BAHASA CINA
BAHASA ARAB
PENDIDIKAN ISLAM
PENDIDIKAN MORAL
SEJARAH
MATEMATIK
MATEMATIK TAMBAHAN
FIZIK
KIMIA
BIOLOGI
PENDIDIKAN SENI VISUAL
PERDAGANGAN
TASAWWUR ISLAM
SOALAN PERCUBAAN SPM 2011 – PAHANG
KREDIT TO : (MGC PAHANG)
SPM
BAHASA MELAYU
BAHASA INGGERIS
SOALAN PERCUBAAN SPM 2011 – JOHOR
KREDIT 2 : BankSoalanSPM
http://banksoalanspm.blogspot.com/
Bahasa Melayu Q&A
English/BI Q&A
Additional Mathematics Q&A
Mathematics Q&A
Sejarah Q&A
Biology Q&A
Chemistry Q&A
P. Islam Q&A
SPM
BAHASA MELAYU – SABAH
ADD MATHEMATICS – SABAH
PAPER 1
PAPER 2
BAHASA MELAYU – KELANTAN
BAHASA MELAYU – KL
i found this link somewhere….
Kertas Percubaan SPM Johor 2011
Bahasa Melayu – Question & Answer
English 1119 – Question & Answer
Additional Mathematics – Question & Answer
Mathematics – Question & Answer
Sejarah – Question & Answer
Biology – Question & Answer
Chemistry – Question & Answer
Pendidikan Islam – Question & Answer
Kertas Percubaan SPM Negeri Sembilan 2011
Sejarah – Question & Answer
Bahasa Melayu – Question
English 1119 – Question
Mathematics – Question
Additional Mathematics – Question
Kesusasteraan Melayu – Question
Biology – Question
Pendidikan Islam – Question
Prinsip Perakaunan – Question
Perdagangan – Question
Science Practical – Question
Pendidikan Seni Visual – Question
Tasawwur – Question
Physics – Question
Science – Question
Kertas Percubaan SPM Pahang 2011
Bahasa Melayu 1 & 2 (Answer)
Bahasa Inggeris (Answer))
Sejarah 1 (Answer)
Sejarah 2 (Answer)
Pendidikan Islam 1 (Answer)
Pendidikan Moral (Answer)
Tasawwur Islam (Answer)
Kertas Percubaan SPM Kuala Lumpur 2011
Bahasa Melayu 1
Bahasa Melayu 2
Kertas Percubaan SPM Sabah 2011
Bahasa Melayu 1
Bahasa Melayu 2
Kertas Percubaan SPM Negeri Sembilan 2011
Bahasa Melayu 1
Bahasa Melayu 2
Bahasa Inggeris
Matematik
Pendidikan Islam
Pendidikan Moral
Perdagangan
Pendidikan Seni Visual 1
Sejarah (With Answer)
Tasawwur Islam
Kertas Percubaan SPM Terengganu 2011
Bahasa Melayu
Mathematics
Additional Mathematics
Physics/Fizik
Biology
Science
P. Kejuruteraan Mekanikal
P. Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Tasawwur
Kertas Percubaan SPM Kedah 2011
Bahasa Melayu (With Answer)
English 1119 (With Answer)
Bahasa Cina (With Answer)
Mathematics (With Answer)
Additional Mathematics (With Answer)
Sejarah (With Answer)
Physics/Fizik (With Answer)
Biology (With Answer)
Chemistry (With Answer)
Sains (With Answer)
Perdagangan (With Answer)
Pendidikan Islam (With Answer)
Bahan Muat Turun
BAHAN MUAT TURUN
POWERPOINT / PDF
PANITIA
GPI
PNP ( Bahasa Arab SK )
e-BOOK ISLAM PERISIAN PENDIDIKAN
Sistem Markah TOV 'versi retail' untuk kegunaan pengiraan indeks TOV Murid, Kelas dan Sekolah Perisian Solat Sepanjang Waktu Perisian Kira Bayaran Bulanan Pinjaman Kerajaan
|
Popular Posts
-
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 2010 SEPANJANG BULAN RAMADHAN 1431 H TEMA ”TINGKATKAN AMAL GANDAKAN PAHALA” ANJURA...
-
Alhamdulillah pada hari ini 24/5/2010 Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama yang padu dari unit HEM yang diterajui oleh Al-Fadhil Ustaz ...
-
LAPORAN DARI: USTAZAH NOORADILLAH BINTI HASHIM Tarikh : 04 APRIL 2012 (RABU 7.45-9.00 am) Tempat : Dataran Tuan Haji Abdul Malek, SMK Te...
-
Tarikh Pertandingan: 19/5/2010 Hari : Rabu Masa : 12.10-2.45 Petang Alhamdulillah Kelab Persatuan Pelajar-Pelajar Islam ...
-
Tarikh : 11 Oktober 2014 Tempat : Majlis Jamek Teluk Bahang Penglibatan : Semua guru, pelajar dan waris pelajar PT3 & SPM, ...
-
Sambutan Maulidur Rasul S.A.W 1433/2012 TELUK BAHANG,PULAU PINANG – Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Biro Kerohanian Asrama SMK...
-
CARA MENGDOWNLOAD: KLIK PADA LINK DAN TUNGGU SEKETIKA.. ATAU: Penguna: Internet Explorer , Sila klik kanan pada mana-mana link dan pilih...
-
Sempena menyambut awal Ramadhan Al-Mubarak,pada Hari Isnin 1 Ramadhan 1432 H bersamaan 1/8/2011M, Panitia Pendidikan Islam dengan Kerjasam...
-
CERAMAH ADAB BERGURU DAN MAJLIS PERLANCARAN BLOG PANITIA PENDIDIKAN ISLAM HARI : JUMAAT TARIKH : 4 JUN 2010 TEMPAT: DEWAN MAK...
-
LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR) MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN CERAMAH AIDILFITRI 2013 TAJUK CERAMAH : AIDILFITR...