LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)
TEMA : RAMADHAN…MADRASAH MENUJU TAQWA
ANJURAN : UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING DENGAN KERJASAMA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
10 JULAI 2013/1 RAMADHAN 1433H
OBJEKTIF
- Untuk
menghidupkan bulan Ramadhan dengan program-program yang dapat
meningkatkan amal ibadah dan penghayatan Islam dalam kalangan warga
sekolah.
- Menyediakan
kemudahan kepada seluruh warga sekolah untuk sama-sama merebut
segala kelebihan yang terkandung dalam bulan Ramadhan.
- Membentuk kesedaran peribadi agar lebih berdisiplin dan bersahsiah tinggi dalam kalangan pelajar sekolah.
- Menghayati keberkatan dan keistimewaan bulan Ramadhan
SENARAI AKTIVITI
Bil.
|
Aktiviti-Aktiviti sepanjang Ramadhan
|
Catatan
|
1.
|
Perasmian ringkas Madrasah Ramadhan
|
1 Ramadhan
|
2.
|
Buletin ‘Sinar Ramadhan’
|
Panitia P.Islam
|
3.
|
Ceramah “Aidilfitri Hari Bahagia”
|
24 Ramadhan
|
4.
|
Celik Hati
|
5 minit-pagi (pelajar)
|
5.
|
Tayangan&Celik Hati Pelajar oleh Guru-guru
|
Waktu rehat mengikut tingkatan
|
6.
|
Tadarus Al-Quran
|
Waktu Rehat
|
7.
|
Solat Sunat Dhuha
|
Waktu Rehat
|
8.
|
“Minda Segar” Bersama Tn. Pengetua
|
5 Minit sebelum balik
|
9.
|
Masih Ada Yang Sayang (Warga Teluk Bahang)
|
Unit B&Kaunseling
|
10.
|
Kutipan derma untuk sumbangan anak yatim
|
Setiap Khamis (pagi)
|
11.
|
Pertandingan Buku Scrap “Buku Amal Terbaik”
|
|
12.
|
Pertandingan Melukis
“Kemeriahan Syawal di Tempat Saya”
|
|
13.
|
Ole-ole Ramadhan (Sumbangan Bahan Kering)
|
269 Julai 2013
|
14.
|
Mini Halaqah (Perbincangan antara guru)
|
Guru-guru
|
15.
|
Solat Sunat Terawih & Qiamullail
|
Asrama
|
TENTATIF PROGRAM
7.30 pagi : Semua pelajar berkumpul di tapak perhimpunan
7.35 pagi : Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
7.40 pagi : Bacaan Ayat-ayat suci Al-Quran : Muhammad Aiman Maula (4 Mejar)
Bacaan Doa : Muhammad Alif Azizi (2 Mejar)
7.50 pagi : Slot “Celik Hati” bersama pelajar : Muhammad Hafizul Aswad (5 Brigadier)
8.00 pagi : Ucapan Ketua Panitia Pendidikan Islam : Ustaz Mohd Zainul Akramin B. Mohd Salim
8.05 pagi : Ucapan Penyelaras Program : Cik Noor Yazmira Bt. Ismail
8.10 pagi : Ucapan Perasmian Tn. Pengetua : En. Abdul Nasir B. Hj. Salleh
8.20 pagi : Gimik Perasmian
8.30 pagi : Penyampaian cenderahati untuk anak yatim
Penghargaan Imam Muda I: Mohd Arbaie Al Jiddan (5 Brigadier)
Penghargaan Imam Muda II : Muhammad Aiman Maula (4 Mejar)
Penghargaan Bidadari Solehah : Nur Shahirah (5 Brigadier)
Anugerah Pelajar Mithali : Siti Nor Adila (4 Kapten)
Cenderahati Anak Yatim : Siti Zulaikha (1 Kapten)
Cenderahati Pelajar Datang Paling Awal ke Sekolah : Munirah (1 Leftenan)
Guru Datang Paling Awal ke Sekolah : En. Nassary & Ustazah Nooradillah
8.50 pagi : Majlis Bersurai
9.00 pagi : P&p seperti biasa
MAJLIS PELANCARAN
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan
Segala
puji bagi Allah, perasaan syukur dipanjatkan kepada Ilahi kerana sekali
lagi program sempena Ramadhan telah berjaya dilancarkan pada 1 Ramadhan
yang lalu. Sesuai dengan tema “Ramadhan…Madrasah Menuju Taqwa” pelbagai
aktiviti telah dirancang melibatkan semua guru dan para pelajar dalam
usaha untuk mengimarahkan lagi bulan yang mulia ini.
Gimik perasmian pada
hari tersebut telah dilancarkan oleh barisan pentadbir dan beberapa
orang guru dan pelajar yang bertuah dengan memasukkan replika wang ke
dalam tabung yang disediakan sekaligus melancarkan Tabung Kutipan Derma
Kasih. Kutipan derma ini akan dilakukan setiap hari Khamis (pagi) dan
akan disalurkan kepada anak-anak yatim dan pelajar miskin SMK Teluk
Bahang.
Jutaan
terima kasih diucapkan kepada semua guru-guru dan para pelajar yang
banyak membantu menyumbang idea dan bantuan dalam melaksanakan perasmian
pada hari tersebut. Semoga Program Madrasah Ramadhan ini dapat memberi
peluang kepada warga sekolah untuk merebut ganjaran pahala yang
disediakan dalam bulan Ramadhan ini.
“Ramadhan…Madrasah Menuju Taqwa”