Admin
Sambutan Maal Hijrah 1431 H
Sumber dari:
www.smktbg.com
Pada 22 Muharram 1431H bersamaan dengan 8 Januari 2010, telah diadakan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Sekolah bertempat di Dewan Makan Asrama anjuran Panitia Pendidikan Islam SMK Teluk Bahang.
Sambutan yang bertemakan “Memantap Ukhwah Memperkasa Ummah” bertujuan untuk melahirkan generasi yang berfikiran positif untuk mencapai kemajuan di samping tabah dan gigih dalam menuntut ilmu untuk menjadi umat yang cemerlang.
Majlis dimulakan dengan bacaan Yaasin. Seterusnya pelajar-pelajar bergerak ke dewan untuk ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Moin bin Hashim, Ketua Unit Dakwah Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang. Antara inti pati ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Moin ialah bagaimana hendak menjadi cemerlang dalam bukan sahaja aspek akademik tetapi juga sahsiah.
Selepas rehat, pelajar-pelajar berkumpul untuk agihan bubur Asyura yang ditaja oleh pengusaha dewan makan asrama, Tuan Haji Abdul Sukor bin Maidin. Terima kasih yang tidak terhingga kepada beliau.
Sekalung tahniah diucapkan kepada Panitia Pendidikan Islam khususnya dan semua guru dan pelajar yang terlibat dalam menjayakan program yang berjalan lancar pada hari ini. Semoga semua yang hadir mendapat manfaat dari apa yang disampaikan. Salam Maal Hijrah 1431H…
P/S: Selamat Hari Lahir buat PK Pentadbiran, Puan Zaleha yang menyambut hari lahir pada 8 Januari. Semoga panjang umur dan murah rezeki.
Tuan Haji Abdul Moin menyampaikan ceramah
Ustaz Zainul Akramin membantu pengagihan bubur asyuraa.
Jumaat, 26 Februari 2010
Sambutan Maal Hijrah 1431 H
11:57:00 PTG
Panitia Pendidikan Islam SMKTBG
1 comment
Bahan Muat Turun
BAHAN MUAT TURUN
POWERPOINT / PDF
PANITIA
GPI
PNP ( Bahasa Arab SK )
e-BOOK ISLAM PERISIAN PENDIDIKAN
Sistem Markah TOV 'versi retail' untuk kegunaan pengiraan indeks TOV Murid, Kelas dan Sekolah Perisian Solat Sepanjang Waktu Perisian Kira Bayaran Bulanan Pinjaman Kerajaan
|
Popular Posts
-
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 2010 SEPANJANG BULAN RAMADHAN 1431 H TEMA ”TINGKATKAN AMAL GANDAKAN PAHALA” ANJURA...
-
Alhamdulillah pada hari ini 24/5/2010 Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama yang padu dari unit HEM yang diterajui oleh Al-Fadhil Ustaz ...
-
LAPORAN DARI: USTAZAH NOORADILLAH BINTI HASHIM Tarikh : 04 APRIL 2012 (RABU 7.45-9.00 am) Tempat : Dataran Tuan Haji Abdul Malek, SMK Te...
-
Tarikh Pertandingan: 19/5/2010 Hari : Rabu Masa : 12.10-2.45 Petang Alhamdulillah Kelab Persatuan Pelajar-Pelajar Islam ...
-
Sambutan Maulidur Rasul S.A.W 1433/2012 TELUK BAHANG,PULAU PINANG – Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Biro Kerohanian Asrama SMK...
-
Sempena menyambut awal Ramadhan Al-Mubarak,pada Hari Isnin 1 Ramadhan 1432 H bersamaan 1/8/2011M, Panitia Pendidikan Islam dengan Kerjasam...
-
CARA MENGDOWNLOAD: KLIK PADA LINK DAN TUNGGU SEKETIKA.. ATAU: Penguna: Internet Explorer , Sila klik kanan pada mana-mana link dan pilih...
-
LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR) Tema : “ Ramadhan; Hadirmu Dinanti, RahmatMu Dicari ” Bismillahirrahmanirrahi...
-
LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR) MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN CERAMAH AIDILFITRI 2013 TAJUK CERAMAH : AIDILFITR...
1 comments:
Meriah nampak..
semoga allah SWT membalas usaha yang kita lakukan..
-Guru SMKTBG
Catat Ulasan