10:40:00 PG
Panitia Pendidikan Islam SMKTBG
No comments
PROGRAM PENGURUSAN JENAZAH
TARIKH : 1 NOVEMBER 2011
MASA : 8.30 PAGI-12.00 TENGAHARI
TEMPAT : SURAU SMK TELUK BAHANG
PENCERAMAH : TN. HJ. PISOL DAN USTAZ SHAFIRUL IMAN B. HJ. PISOL
KEHADIRAN
PELAJAR : 120 ORANG
Pada 1 November 2011 yang lepas, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah kepada para pelajar Islam yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan PMR. Program ini telah mendapat kerjasama daripada Unit Bimbingan&Kaunseling serta Unit Hal Ehwal Murid di bawah Program Pasca PMR 2011. Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar Islam tentang kafiat pengurusan jenazah yang merupakan tuntutan fardhu kifayah terhadap setiap orang Islam ke atas orang Islam yang lain. Memahami konsep dan amali dalam pengurusan jenazah memerlukan pengetahuan dan kemahiran tertentu. Oleh itu program ini diharap dapat memberi panduan kepada para pelajar khususnya para pelajar lepasan PMR agar dapat mempraktikkan dalam medan masyarakat terutamanya ahli keluarga terdekat.
Objektif Kursus Pengurusan Jenazah :
1. Membolehkan setiap pelajar memahami dan menguruskan jenazah secara amali
2. Setiap pelajar dapat mengenali perkara-perkara yang perlu dilakukan seperti memandikan, mengapankan, menyembahyangkan dan mengebumikan jenazah
3. Menambah pengetahuan para pelajar tentang ilmu-ilmu berkaitan dengan fardhu kifayah.
Alhamdulillah..Kursus Pengurusan Jenazah telah berjaya mencapai objektif dan mendapat kerjasama daripada pihak guru serta sambutan yang hebat daripada para pelajar tingkatan dua dan tiga. Para pelajar telah didedahkan dan merasai sendiri pengalaman dikapankan, dimandikan, disembahyangkan dan dikebumikan.
Semoga Kursus Pengurusan Jenazah ini akan menjadi program tahunan dan sebagai satu iktibar bagi melahirkan para pelajar generasi Rabbani yang memperkasakan syariat Allah berpandukan Al-Quran dan Sunnah Nabi. InsyaAllah...
GALERI GAMBAR:
0 comments:
Catat Ulasan