11:11:00 PTG
Panitia Pendidikan Islam SMKTBG
No comments
Pada 25 Januari 2013 yang lalu bersamaan hari Jumaat, 13 Rabiulawal
1434H telah diadakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah.
Program
tersebut dikendalikan oleh Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama
Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Teluk Bahang.Para hadirin dialunkan
dengan alunan bacaan ayat suci Al-Quran dan bacaan doa oleh wakil
pelajar. Majlis diteruskan dengan ceramah Maulidur Rasul yang
disampaikan oleh Ustaz Muhamad Tarmizi Shamsul Arif penceramah bebas dan
sesi ucapan khas dari Ketua Panitia Pendidikan Islam dan Tuan Pengetua
SMK Teluk Bahang.
Majlis juga turut diserikan dengan persembahan
nasyid dari Pelajar SMKTBG dan penyampaian anugerah khas "Tokoh Maulidur
Rasul" kepada tokoh pelajar dan guru SMKTBG.
Semoga Allah S.W.T memberkati usaha kita kerana menjayakan Majlis
yang penuh barakah ini...Jazakalhhukhaira..Selawat dan salam ke atas
Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W
...Berikanlah Syafa'atmu Ya Rasulullah S.A.W.
|
Bacaan Doa oleh wakil pelajar |
|
Bacaan Ayat Suci Al-Quran |
|
Ustaz Muhamad Tarmizi Shamsul Arif menyampaikan sesi ceramah |
|
Ucapan Khas Ketua Panitia Pendidikan Islam |
|
Ucapan Khas Tuan Pengetua |
|
Penyampaian Cenderahati Kumpulan Nasyid sekolah |
|
Penyampaian Anugerah Khas Pelajar |