1:26:00 PTG
Panitia Pendidikan Islam SMKTBG
2 comments
Sempena menyambut awal Ramadhan Al-Mubarak,pada Hari Khamis 25/8/2011 bersamaan 25 Syawal, Panitia Pendidikan Islam dengan Kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling dan Badan Dakwah Kerohanian Asrama SMKTBG dengan jayanya telah menganjurkan satu Majlis Khatam Al-Quran & Ceramah Sambutan Aidilfitri Menurut Perspsektif Islam sempena mengimarahkan program Ihya' Ramadhan dengan menjemput Al-Fadhil Ustaz Safirul Iman Bin Hj Pisol, merupakan penceramah bebas di Pulau Pinang.
Majlis ini bertujuan :
RASIONAL PROGRAM :
Memupuk kecintaan dan minat terhadap al-Quran merupakan salah satu agenda untuk menghidupkan syiar Islam disamping untuk memahirkan bacaan al Quran.
Menghayati dan memberi penjelasan kepada pelajar-pelajar mengenai hari kemengan umat islam dalam sambutan Aidilfitri menurut ketentuan syarak yang betul kepada pelajar-pelajar.
OBJEKTIF :
Yakin dengan bacaan dan penguasaan Al-Quran serta melaziminya dalam kehidupan.
Menghargai dan mengiktiraf serta memberi pendedahan kepada kumpulan pelajar berkenaan.
Menarik minat pelajar untuk membaca dan mengkhatamkan al-Quran.
Memberi penekanan serta penghayatan mengenai sambutan Aidilfitri menurut perspektif Islam kepada pelajar-pelajar.
Turut diadakan majlis ini, sumbangan ikhlas kepada anak-anak yatim SMKTBG yang disampaikan oleh Tuan Pengetua SMKTBG En. Abdul Nasir Bin Hj. Salleh dan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang kuiz ramadhan sepanjang di dalam bulan Ramadhan.
Harapan kami agar majlis ini memberi kesan yang mendalam kepada seluruh warga SMK Teluk Bahang dalam menghidupkan bulan ramadhan dan mudah-mudahan lebih mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T..
Wassalam..
Galeri Gambar:
|
Majlis Khatam Al-Quran Bermula |
|
Tuan Pengetua SMKTBG menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim SMKTBG |
|
Pelajar khusyuk mendengar sesi ceramah |
|
Al-Fadhil Ustaz Safirul Iman Bin Hj Pisol menyampaikan sesi ceramah beliau |
|
Tuan Pengetua menyampaikan hadiah kepada pemenang kuiz Ramadhan |
|
Pengerusi Majlis Yang Petah Bercakap..Mantobb.. |
|
Guru-guru yang berdedikasi..Syukran Jazilan Wajazakallhukhaira... |
|
Guru-guru yang berdedikasi..Syukran Jazilan Wajazakallhukhaira... |
|
Guru-guru yang berdedikasi..Syukran Jazilan Wajazakallhukhaira... |
|
Ketua Panitia Pendidikan Islam menyampaikan cenderahati kepada penceramah |
|
Cikgu Bakhtiar yang tidak asing lagi pakar dalam bidang PA sistem |
2 comments:
tahniah semua yg menjayakan program ini.
Terima kasih semua atas kerjasama yang diberikan..semoga Allah memberkati usaha murni kita..Jazakallhukhaira..
Ketua Panitia PI
Catat Ulasan