10:23:00 PTG
Panitia Pendidikan Islam SMKTBG
No comments
LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)
MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN CERAMAH AIDILFITRI 2013
TAJUK CERAMAH : AIDILFITRI HARI BAHAGIA
PENCERAMAH : USTAZ MOHAMAD HANIF BIN HARUN
ANJURAN : UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING DENGAN KERJASAMA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
2 OGOS 2013/24 RAMADHAN 1434H
Alhamdulillah…sebagai
penutup Program Madrasah Ramadhan, pihak sekolah telah mengadakan
beberapa aktiviti pada hari tersebut iaitu Bacaan Yasin, Majlis Khatam
Al-Quran, Ucapan Perasmian Penutupan Program, Ceramah Aidilfitri serta
penyampaian hadiah dan cenderahati. Bacaan Yasin pada hari tersebut
diketuai oleh saudara Muhammad Alif (5 Kolonel) manakala Majlis Khatam
Al-Quran pula telah dipimpin oleh 10 barisan pelajar asrama SMK Teluk
Bahang di bawah pimpinan Cg. Mohd Bahtiar. Ucapan Penutupan Program
Madrasah Ramadhan telah dirasmikan oleh Ayahanda Tn. Pengetua; En. Abdul
Nasir B. Hj. Salleh dan majlis diserikan lagi dengan ceramah Aidilfitri
yang menyentuh persoalan tentang cara menyambut Aidilfitri menurut
Islam serta beberapa soalan berkaitan adat dan adab pada hari raya. Para
hadirin juga telah dihiburkan dengan satu persembahan nasyid daripada
pelajar-pelajar asrama yang membawakan dua buah nasyid. Majlis
penyampaian hadiah pula telah disampaikan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid; Ustaz Mohd Siroj B. Abdul Lathiff kepada pelajar-pelajar yang
telah menang dalam beberapa pertandingan iaitu Pertandingan Melukis
Kemeriahan Syawal dan Pertandingan Buku Skrap Seindah Ramadhan.
Cenderahati juga telah disampaikan kepada pelajar-pelajar yang terlibat
menjadi Imam Solat Tarawih, peserta Khatam Al-Quran dan peserta nasyid.
Majlis pada hari tersebut diakhiri dengan salam ukhwah dan ucapan
selamat hari raya di antara guru dan para pelajar.
Unit
Bimbingan dan Kaunseling dan Panitia Pendidikan Islam mengucapkan
jutaan terima kasih kepada semua warga sekolah atas segala bantuan dan
pertolongan yang telah disumbangkan dalam menjayakan setiap aktiviti
dalam Program Madrasah Ramadhan. Semoga segala usaha kita dapat membantu
meningkatkan penghayatan dan kecintaan warga sekolah terhadap aktiviti
sepanjang Ramadhan. Salam Aidilfitri. Assalamualaikum wbt…
“SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN”