LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)
Sabtu, 28 September 2013
MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN PERDANA SEMPENA PMR&SPM 2013
10:15:00 PTG
Panitia Pendidikan Islam SMKTBG
No comments
Anjuran : Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam
Tarikh : 27 September 2013
Tempat: Masjid Jamek Teluk Bahang
Penglibatan : Semua pelajar tingkatan 1 hingga 5
Alhamdulillah..
sebagai salah satu usaha untuk mendapatkan keberkatan dari Allah, satu
majlis telah dirancang dan dilaksanakan pada Jumaat yang lepas iaitu
Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin sempena peperiksaan PMR dan SPM yang
akan berlangsung tidak lama lagi. Hujan dipagi hari tidak mematahkan
semangat para pelajar untuk berjalan kaki ke masjid malah telah
memberikan satu suasana yang tenang dan sejuk kepada hadirin yang hadir
termasuklah ibu bapa para pelajar PMR dan SPM.
Majlis
pada pagi tersebut dimulakan dengan bacaan doa oleh salah seorang
pelajar PMR; Mohd Izafi dan diikuti dengan ucapan daripada wakil pihak
Masjid Teluk Bahang dan juga ucapan daripada PK HEM; Ustaz Mohd Siroj B.
Abdul Lathiff. Penceramah jemputan adalah Ustaz Mohd Fadhly atau
dikenali sebagai Ustaz Manis yang merupakan seorang guru dan juga artis
nasyid. Beliau mengetuai solat hajat dan bacaan Yasin pada hari tersebut
dan telah membacakan doa khas untuk para pelajar yang akan menghadapi
peperiksaan PMR dan SPM. Majlis diselangselikan dengan edaran air
zam-zam kepada ibu bapa dan para pelajar. Ceramah motivasi pula turut
disampaikan oleh Ustaz Manis dan penyampaiannya berjaya mencuit hati
pelajar dan hadirin yang hadir
Komitmen
yang diberikan oleh semua pihak dalam menjayakan majlis ini amatlah
dihargai. Semoga aktiviti tahunan ini akan berjaya dilaksanakan pada
setiap tahun. Sama-sama kita doakan kejayaan seluruh pelajar yang akan
mengambil peperiksaan PMR dan SPM. InsyaAllah..
“USAHA,DOA&TAWAKAL”
Bahan Muat Turun
BAHAN MUAT TURUN
POWERPOINT / PDF
PANITIA
GPI
PNP ( Bahasa Arab SK )
e-BOOK ISLAM PERISIAN PENDIDIKAN
Sistem Markah TOV 'versi retail' untuk kegunaan pengiraan indeks TOV Murid, Kelas dan Sekolah Perisian Solat Sepanjang Waktu Perisian Kira Bayaran Bulanan Pinjaman Kerajaan
|
Popular Posts
-
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 2010 SEPANJANG BULAN RAMADHAN 1431 H TEMA ”TINGKATKAN AMAL GANDAKAN PAHALA” ANJURA...
-
Alhamdulillah pada hari ini 24/5/2010 Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama yang padu dari unit HEM yang diterajui oleh Al-Fadhil Ustaz ...
-
LAPORAN DARI: USTAZAH NOORADILLAH BINTI HASHIM Tarikh : 04 APRIL 2012 (RABU 7.45-9.00 am) Tempat : Dataran Tuan Haji Abdul Malek, SMK Te...
-
Tarikh Pertandingan: 19/5/2010 Hari : Rabu Masa : 12.10-2.45 Petang Alhamdulillah Kelab Persatuan Pelajar-Pelajar Islam ...
-
Sambutan Maulidur Rasul S.A.W 1433/2012 TELUK BAHANG,PULAU PINANG – Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Biro Kerohanian Asrama SMK...
-
Sempena menyambut awal Ramadhan Al-Mubarak,pada Hari Isnin 1 Ramadhan 1432 H bersamaan 1/8/2011M, Panitia Pendidikan Islam dengan Kerjasam...
-
CARA MENGDOWNLOAD: KLIK PADA LINK DAN TUNGGU SEKETIKA.. ATAU: Penguna: Internet Explorer , Sila klik kanan pada mana-mana link dan pilih...
-
LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR) Tema : “ Ramadhan; Hadirmu Dinanti, RahmatMu Dicari ” Bismillahirrahmanirrahi...
-
LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR) MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN CERAMAH AIDILFITRI 2013 TAJUK CERAMAH : AIDILFITR...
0 comments:
Catat Ulasan