Isnin, 24 Mei 2010

MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA SMK TELUK BAHANG

Alhamdulillah pada hari ini 24/5/2010 Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama yang padu dari unit HEM yang diterajui oleh Al-Fadhil Ustaz Siroj Bin Abdul Lathiff telah jayanya menganjurkan "Solat Hajat Perdana" yang bertemakan:“DOA DIPANJAT, KEJAYAAN DIRAI”.Semua pelajar-pelajar Islam terlibat dalam majlis ini bagi memohon kejayaan dari Allah S.W.T.

Majlis telah berjaya dilaksanakan mengikut perancangan yang telah diatur seperti berikut:



Pengenalan:

Majlis Solat Hajat Perdana (SHAP) SMK Teluk Bahang diadakan bertujuan untuk memohon keberkatan dan keredhaan Allah sebelum pelajar menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010. Selain itu juga, majlis SHAP ini diadakan bagi memperoleh keberkatan daripada Allah setelah berusaha untuk beroleh kejayaan di samping mengeratkan silatur rahim warga SMK Teluk Bahang.


DOA

*Doa ialah satu ucapan memohon daripada hamba (manusia) kepada Allah dengan hati yang ikhlas bagi mendapat rahmat, inayah (pertolongan) dan juga bagi dijauhkan dari bala’ bencana dengan cara dan adab yang tertentu.

*Sebagai satu ibadah, doa hendaklah dilakukan di tempat yang betul, masa yang sesuai dan suasana yang baik. Garis Panduan doa ini adalah bagi bacaan doa secara berkumpulan atau beramai-ramai yang dilakukan dalam mana-mana majlis.

*Sesuatu doa itu hendaklah dilakukan dengan ikhlas, khusyuk, tertib penuh tawadu’ dan mesti dilakukan dengan cara yang sesuai dengan kehendak syarak.

Doa tidak boleh dilakukan sebagai satu budaya atau adat dan satu cara hidup yang diajar oleh Rasulullah S.A.W.



SENARAI JAWATANKUASA PELAKSANA


PENAUNG
EN. ABDUL RASHID B. ABD SAMAD

PENGERUSI
PN. ZALEHA BT. ABD. RAHMAN

NAIB PENGERUSI 1 & 2
USTAZ MOHD SIROJ B. ABD. LATHIFF
NOORHASLIZA BT. MOHD ALI

SETIAUSAHA
USTAZ ZAINUL AKRAMIN BIN MOHD SALIM
(KETUA PANITIA PEN. ISLAM)

AHLI JAWATANKUASA
EN. KHAIRUL FAIZI B. ABD RASHID
EN. BAHTIAR B. JAAFAR
USTAZ RUZITA
USTAZ AZUAN
USTAZ MOHD TAJUDDIN
EN. RAHIMI
PN. ROZITA
PN. ZURIDA
CIK NOORADILAH BT HASHIM
PN. NORLAILA BT CHE LAH
PN. NORALLIA BT MD ZAIN
CIK AZILWANA BT CHE ADEK
PN. SYAKILA MENHURI
CIK YAZMIRA




12.40 : Pelajar mengambil wudhuk
1.10 : Guru dan Pelajar berkumpul
1.18 : Azan Zuhur
- Pelajar

1.25 : Solat Zuhur Berjemaah
1.40 : Solat Sunat Hajat
1.45 : Bacaan Doa
1.50 : Ucapan Tuan Pengetua
- En. Abd. Rashid. B. Abd Samad

2.10 : Bersurai


Sekalung penghargaan ribuan terima kasih kepada semua guru-guru dan pelajar-pelajar yang terlibat.Semoga usaha yang murni ini mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T.


Gambar:























Khamis, 20 Mei 2010

Pertandingan Membaca Jawi Dan Bercerita Kisah-Kisah dari Al-Quran peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Bahang








Tarikh Pertandingan: 19/5/2010
Hari : Rabu
Masa : 12.10-2.45 Petang

Alhamdulillah Kelab Persatuan Pelajar-Pelajar Islam dengan kerjasama Panitia pendidikan Islam SMKTBG degan jayanya telah menganjurkan Pertandingan Membaca Jawi Dan Bercerita Kisah-Kisah dari Al-Quran peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Bahang bertempat di Bilik Persidangan SMK Teluk Bahang bertemakan:

“Jawi Bestari Kualiti Kendiri”


Seramai 28 orang peserta terlibat dimana masing-masing mewakili 2 orang pada setiap persatuan yang melibatkan 14 persatuan.

Objektif pertandingan iaitu:
• Meningkatkan penguasaan bacaan jawi
• Meningkatkan kemahiran penulisan jawi
• Membimbing pelajar membaca dengan lancar
• Melatih pelajar menghafaz kisah-kisah dari Al-Quran

Disamping itu , para pelajar dapat belajar cara menyampaikan cerita melalui slot bercerita dan kisah-kisah Nabi S.A.W. Maka Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMK Teluk Bahang mengambil inisiatif dengan membuat satu Pertandingan Membaca Jawi dan Bercerita Kisah-Kisah dari Al-Quran.

Syabas dan tahniah diucapkan.














BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT SEMPENA HARI GURU PERINGKAT NEGERI P.PINANG

Sumber:http://spipenang.blogspot.com/
Tuesday, May 18, 2010




Majlis bacaan surah Yasin sempena dengan sambutan Hari Guru Peringkat Negeri P.Pinang 2010 telah diadakan pada 13 Mei 2010 bertempat di Masjid Jamik Bertam Indah Kepala Batas. Majlis bermula pada pukul 7.00 malam dengan menampilkan Ustaz Subki bin Mohamad dari IP Tuanku Bainun sebagai penceramah.Selepas solat maghrib, ucapan aluan dari Tuan Pengarah Pelajaran P.Pinang tuan Haji Ibrahim bin Mohamad dan diteruskan dengan bacaan surah Yasin. Al-Fadhil Ustaz Rosli bin Othman beserta dengan barisan imam masjid telah bertindak sebagai khalifah pada majlis tersebut.Kehadiran meliputi warga pendidik dan masyarakat tempatan.Jamuan diadakan selepas solat Isyak. Syabas kepada barisan urusetia yang telah berjaya menjalankan majlis ini.


Rabu, 19 Mei 2010

Dari Meja Pengetua (Mantan Pengetua) 2009-2011




Tinta Pengetua (Mantan Pengetua) 2009-2011




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Setinggi-tinggi tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam kerana berjaya mewujudkan blog Panitia Pendidikan Islam untuk dimanfaatkan oleh semua warga SMK Teluk Bahang.


Inisiatif Pendidikan Islam ini dilihat sebagai satu wadah perkembangan pendidikan berteraskan ICT dan perkongsian maklumat yang amat menarik seiring dengan perkembangan pendidikan di Malaysia.


Perkongsian maklumat melalui kaedah maya ini dapat banyak membantu pelajar-pelajar mencari maklumat dalam menyelesaikan masalah akademik mereka.


Di akhiri dengan salam tahniah kepada semua guru pendidikan Islam di bawah kepimpinan ustaz Zainul Akramin.Semoga usaha yang murni ini akan memartabatkan dan mengharumkan nama sekolah terutamanya dalam meningkatkan akademik dan sahsiah pelajar-pelajar SMK Teluk Bahang.


Sekian,
Terima Kasih


En. Abdul Rashid Bin Abdul Samad
Pengetua.
SMK Teluk Bahang

Guru Pembina Negara Bangsa

Guru Pembina Negara Bangsa
Tuesday, 18 May 2010 11:50
Sumber: http://www.smktbg.com/index.php?option=com_content&view=article&id=230:guru-pembina-negara-bangsa&catid=34:aktiviti&Itemid=78
oleh: Zahidah

Guru Pembina Negara Bangsa. Itulah tema sambutan Hari Guru 2010, 16 Mei yang jatuh pada hari Ahad. Sebagai meraikan para guru, SMK Teluk Bahang telah mengadakan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah pada 17 Mei 2010. Majlis dimulakan dengan perarakan masuk guru-guru yang lengkap dengan busana bertema hitam putih.

Majlis tiba-tiba dikejutkan dengan kehadiran kenderaan polis yang membawa dua orang pelajar sekolah. Rupa-rupanya itu hanyalah gimik perasmian sambutan hari guru tahun ini. Selepas itu, doa dibaca oleh Ustaz Zainul Akramin. Seperti biasa, tidak lengkap sambutan hari guru tanpa ucapan daripada YAB Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan juga ucapan dari Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Y.Bhg. Tan Sri Dato' Hj. Alimuddin Bin Hj. Mohd Dom yang disampaikan oleh Cik Farah Wahida dan Puan Santhi. Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan ikrar hari guru yang dipimpin oleh Mr. Lee diikuti dengan nyanyian lagu Kami Guru Malaysia dan Guru Pembina Negara Bangsa oleh semua guru.

Acara seterusnya ialah acara sukaneka melibatkan guru-guru. Antara acara yang dipertandingkan ialah boling kelapa, kukur kelapa, basikal tua, hiasan sejadah dan lain-lain. Semangat kesukanan jelas terpancar di wajah semua guru yang memberi komitmen padu dalam bersukaneka. Majlis ditangguhkan sebentar untuk pelajar-pelajar berehat sebelum disambung dengan persembahan pelajar.

Pelbagai persembahan menarik daripada pelajar diadakan sepanjang majlis. Antaranya ialah nyanyian, deklamasi sajak dan penyampaian anugerah kepada guru-guru diikuti dengan jamuan untuk guru-guru yang ditaja oleh PIBG sekolah. Secara keseluruhannya, majlis berjalan dengan lancar dan amat menghiburkan. Semua guru-gur SMK Teluk Bahang mengucapkan ribuan terima kasih kepada Badan Pengawas SMK Teluk Bahang, PIBG sekolah dan semua pihak yang telah membantu menjayakan sambutan ini secara langsung dan tidak langsung.

Ahad, 16 Mei 2010

"SELAMAT HARI GURU"









CIKGU,
SELAMAT HARI GURU
HAPPY TEACHER'S DAY
SAJAK GURU OH GURU

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979





ADAB BERGURU


Pelajar beradab

1. Memberi salam apabila bertemu
2. Bercakap menggunakan bahasa yang sopan
3. Manis muka menerima teguran dan nasihat guru
4. Menegur atau bertanya khabar apabila bertemu guru di luar kawasan sekolah
5. Membuat kerja yang disuruh dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh

Pelajar kurang beradab / sopan

1. Tidak memberi salam apabila bertemu
2. Bercakap menggunakan bahasa yang kasar dan melawan guru
3. Bermasam muka menerima teguran dan nasihat guru
4. Tidak mengindahkkan guru apabila bertemu di luar kawasan sekolah
5. Tidak ikhlas membuat kerja yang disuruh dan tidak bersungguh-sungguh


CARA MENGENANG JASA GURU

 Mendoakan kebaikan dan kebajikannnya
 Mengeratkan silaturahim walaupun telah tamat pengajian
 Menziarahi guru ketika berkelapangan / di hari perayaan
 Menghormati guru sepanjang masa
 Mengucap terima kasih kepada guru apabila memperolehi kejayaan



HIKMAH / FAEDAH MENGHORMATI GURU
1. Ilmu yang dipelajari diberkati Allah
2. Membentuk peribadi dan akhlak mulia
3. Mudah mengingati dan memahami pengajaran guru
4. Memperolehi kejayaan di dunia dan di akhirat

AKIBAT TIDAK MENGHORMATI GURU

1. Ilmu yang dipelajari tidak mendapat keberkatan Allah
2. Tidak bermoral dan rendah budi pekerti
3. Susah mengingati dan mengikuti ajaran guru
4. Mudah terpengaruh dengan unsur-unsur nagetif

Khamis, 13 Mei 2010

EKSPO PENDIDIKAN ISLAM 2010

sumber: Sektor Pendidikan Islam JPNPP : http://spipenang.blogspot.com/

Ekspo Pendidikan Islam Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang telah berjaya dilaksanakan pada 7 dan 8 Mei 2010 bertempat di Dewan Millenium Kepala Batas.Ekspo yang julung-julung kali ini diadakan ternyata mendapat sambutan hangat dari berbagai pihak.Berbagai-bagai lapisan masyarakat dari kalangan guru, pelajar dan orang ramai membanjiri ekspo selama dua hari tersebut.Lebih menarik lagi berbagai gerai jualan dan pameran tersedia untuk pengunjung.Pada hari pertama diadakan Majlis Tadarrus Al-Quran Sekolah-Sekolah Peringkat Negeri Pulau Pinang.Forum Addin turut diadakan dengan mengedepankan barisan panel yang mantap seperti Ustaz Zahazan, Syeikh Fisol Haji Omar dan Ustaz Rosli Othman pada malam pertama ekspo.Perhimpunan Guru Pendidikan Islam negeri P.Pinang bersama tuan Pengarah Pelajarah Negeri diadakan pada pagi sabtu iaitu hari kedua ekspo.Pertandingan mewarna kanak-kanak yang disertai oleh hampir seribu orang diadakan pada sebelah petang .Malam penutup diserikan lagi dengan konsert nasyid yang dibintangi oleh kumpulan Mestika, Nazrey Johani dan kumpulan Firost.Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung maupun tidak langsung didalam menjayakan ekspo Pendidikan Islam pada tahun ini.

Bahan Muat Turun

 

BAHAN MUAT TURUN

 

 

POWERPOINT / PDF

 

PANITIA

PERANCANGAN STRATEGIK

SUKATAN PI KBSM

SMK SELURUH JOHOR

PENGURUSAN PANITIA PI

PENGURUSAN PANITIA SK

KAJIAN TINDAKAN

PERANCANGAN STRATEGIK PI JB

 

 

GPI

PENGURUSAN ORGANISASI

GPI PENGGERAK DAKWAH

PENGURUSAN STRES

PELUANG GPI

PROTOKOL DAN IMEJ DIRI

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL

TANGGA GAJI SSM

 

PNP

PEMBELAJARAN KOOPERATIF

KONSEP PETA MINDA

MAHIR JAWI

( Bahasa Arab SK )

Tahun 1

Tahun 2

Tahun 3

Tahun 4

 

e-BOOK ISLAM

RAMADHAN

SENARAI SEMAK RAMADHAN

1001 KISAH TELADAN

BUKTI KEBENARAN AL-QURAN

HIMPUNAN RISALAH

PANDUAN SOLAT TERAWIH

KISAH PARA NABI DAN RASUL

SOLAT TASBIH

100 TOKOH BERPENGARUH

PERISIAN PENDIDIKAN

 

AL-QURAN IN WORD 03

INDEKS AL-QURAN

KAMUS BM-BA-BM

PDF READER

ZIP FAIL

Sistem Markah 'versi beta'

Sistem Markah 'versi alpha'

Sistem Markah TOV 'versi retail'

untuk kegunaan pengiraan

indeks TOV Murid, Kelas dan Sekolah

Perisian Solat Sepanjang Waktu

Borang Claim Perjalanan

Perisian Kira Bayaran Bulanan Pinjaman Kerajaan

Perisian Jam Bercakap

Kertas Jawapan Objektif

 

 

 

Audio & Video

Jet audio 5.0 15.9MB

Power DVD 8.7MB

Winamp 5.04 4.3MB

 

Kamus

e-kamus 5.01 4.9MB

e-kamus 5.02 21.7MB

 

Fonts

Arabic & Jawi fonts 13.5MB

Jawi Multikey 611KB

English fonts 2.16MB

 

Utiliti

Spywareblaster 2.54MB

CCleaner 2.59MB

Cpu-z 506KB

Bootvis 887KB

Youtube download 3.39MB

KOLEKSI PANDUAN P & P 1

 

KOLEKSI PANDUAN P & P PENDIDIKAN ISLAM / B ARAB / TASAWUR / JQAF

 

Popular Posts