Sabtu, 24 Ogos 2013

SAMBUTAN AIDILFITRI SMK TELUK BAHANG 2013

Tarikh : 24 Ogos 2013

Tempat : Dataran Tn. Hj. Abdul Malek, SMK Teluk Bahang


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN...

Bagi meraikan sambutanAidilfitri, SMK Teluk Bahang telah mengadakan satu majlis sambutan hari raya untuk semua warga sekolah. Suasana begitu meriah sekali dengan kerjasama guru-guru dan para pelajar yang membawa pelbagai juadah seperti Nasi Tomato, satay, kuih raya, kek, bihun dan sebagainya.  Semoga majlis ini menjadi program tahunan dalam usaha mengeratkan hubungan ukhuwwah yang baik di antara satu sama lain. InsyaAllah...

-Syawal Mulia-





























Jumaat, 2 Ogos 2013

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN CERAMAH AIDILFITRI 2013

LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN CERAMAH AIDILFITRI 2013
TAJUK CERAMAH : AIDILFITRI HARI BAHAGIA
PENCERAMAH : USTAZ MOHAMAD HANIF BIN HARUN
ANJURAN : UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING DENGAN KERJASAMA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
2 OGOS 2013/24 RAMADHAN 1434H
Alhamdulillah…sebagai penutup Program Madrasah Ramadhan, pihak sekolah telah mengadakan beberapa aktiviti pada hari tersebut iaitu Bacaan Yasin, Majlis Khatam Al-Quran, Ucapan Perasmian Penutupan Program, Ceramah Aidilfitri serta penyampaian hadiah dan cenderahati. Bacaan Yasin pada hari tersebut diketuai oleh saudara Muhammad Alif (5 Kolonel) manakala Majlis Khatam Al-Quran pula telah dipimpin oleh 10 barisan pelajar asrama SMK Teluk Bahang di bawah pimpinan Cg. Mohd Bahtiar. Ucapan Penutupan Program Madrasah Ramadhan telah dirasmikan oleh Ayahanda Tn. Pengetua; En. Abdul Nasir B. Hj. Salleh dan majlis diserikan lagi dengan ceramah Aidilfitri yang menyentuh persoalan tentang cara menyambut Aidilfitri menurut Islam serta beberapa soalan berkaitan adat dan adab pada hari raya. Para hadirin juga telah dihiburkan dengan satu persembahan nasyid daripada pelajar-pelajar asrama yang membawakan dua buah nasyid. Majlis penyampaian hadiah pula telah disampaikan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid; Ustaz Mohd Siroj B. Abdul Lathiff kepada pelajar-pelajar yang telah menang dalam beberapa pertandingan iaitu Pertandingan Melukis Kemeriahan Syawal dan Pertandingan Buku Skrap Seindah Ramadhan. Cenderahati juga telah disampaikan kepada pelajar-pelajar yang terlibat menjadi Imam Solat Tarawih, peserta Khatam Al-Quran dan peserta nasyid. Majlis pada hari tersebut diakhiri dengan salam ukhwah dan ucapan selamat hari raya di antara guru dan para pelajar.

Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Panitia Pendidikan Islam mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga sekolah atas segala bantuan dan pertolongan yang telah disumbangkan dalam menjayakan setiap aktiviti dalam Program Madrasah Ramadhan. Semoga segala usaha kita dapat membantu meningkatkan penghayatan dan kecintaan warga sekolah terhadap aktiviti sepanjang Ramadhan. Salam Aidilfitri. Assalamualaikum wbt…

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN”











































Bahan Muat Turun

 

BAHAN MUAT TURUN

 

 

POWERPOINT / PDF

 

PANITIA

PERANCANGAN STRATEGIK

SUKATAN PI KBSM

SMK SELURUH JOHOR

PENGURUSAN PANITIA PI

PENGURUSAN PANITIA SK

KAJIAN TINDAKAN

PERANCANGAN STRATEGIK PI JB

 

 

GPI

PENGURUSAN ORGANISASI

GPI PENGGERAK DAKWAH

PENGURUSAN STRES

PELUANG GPI

PROTOKOL DAN IMEJ DIRI

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL

TANGGA GAJI SSM

 

PNP

PEMBELAJARAN KOOPERATIF

KONSEP PETA MINDA

MAHIR JAWI

( Bahasa Arab SK )

Tahun 1

Tahun 2

Tahun 3

Tahun 4

 

e-BOOK ISLAM

RAMADHAN

SENARAI SEMAK RAMADHAN

1001 KISAH TELADAN

BUKTI KEBENARAN AL-QURAN

HIMPUNAN RISALAH

PANDUAN SOLAT TERAWIH

KISAH PARA NABI DAN RASUL

SOLAT TASBIH

100 TOKOH BERPENGARUH

PERISIAN PENDIDIKAN

 

AL-QURAN IN WORD 03

INDEKS AL-QURAN

KAMUS BM-BA-BM

PDF READER

ZIP FAIL

Sistem Markah 'versi beta'

Sistem Markah 'versi alpha'

Sistem Markah TOV 'versi retail'

untuk kegunaan pengiraan

indeks TOV Murid, Kelas dan Sekolah

Perisian Solat Sepanjang Waktu

Borang Claim Perjalanan

Perisian Kira Bayaran Bulanan Pinjaman Kerajaan

Perisian Jam Bercakap

Kertas Jawapan Objektif

 

 

 

Audio & Video

Jet audio 5.0 15.9MB

Power DVD 8.7MB

Winamp 5.04 4.3MB

 

Kamus

e-kamus 5.01 4.9MB

e-kamus 5.02 21.7MB

 

Fonts

Arabic & Jawi fonts 13.5MB

Jawi Multikey 611KB

English fonts 2.16MB

 

Utiliti

Spywareblaster 2.54MB

CCleaner 2.59MB

Cpu-z 506KB

Bootvis 887KB

Youtube download 3.39MB

KOLEKSI PANDUAN P & P 1

 

KOLEKSI PANDUAN P & P PENDIDIKAN ISLAM / B ARAB / TASAWUR / JQAF

 

Popular Posts