Jumaat, 26 Ogos 2011

PROGRAM PENGEMBARAAN BERSAMAMU SMK TELUK BAHANG 2011

 PROGRAM PENGEMBARAAN BERSAMAMU SMK TELUK BAHANG

RAMADHAN 1432 H

Pada Hari Khamis 25 Ogos 2011 bersamaan 25 Ramadhan 1432 H, Sempena menghidupkan Program Ihya’ Ramadhan, Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Murid serta Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan satu rombongan Program Pengembaraan Bersamamu SMK Teluk Bahang. Program ini bertujuan untuk memberi sedikit sumbangan kepada keluarga anak-anak miskin yang bersekolah di SMK Teluk Bahang serta kepada beberapa keluarga yang memerlukan bantuan di sekitar kawasan Teluk Bahang sempena menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri. Sumbangan diberikan dalam bentuk makanan asasi dan sejumlah wang. Semoga sumbangan ini mampu memberikan sedikit kegembiraan kepada mereka yang memerlukan sempena Adilfitri. InsyaAllah...

Galeri gambar:

Khamis, 25 Ogos 2011

Majlis Khatam Al-Quran & Ceramah Sambutan Aidilfitri 2011

Sempena  menyambut awal Ramadhan Al-Mubarak,pada Hari Khamis 25/8/2011 bersamaan 25 Syawal, Panitia Pendidikan Islam dengan Kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling dan Badan Dakwah Kerohanian Asrama SMKTBG dengan jayanya telah menganjurkan satu Majlis Khatam Al-Quran & Ceramah Sambutan Aidilfitri Menurut Perspsektif Islam sempena mengimarahkan program Ihya' Ramadhan dengan menjemput Al-Fadhil Ustaz Safirul Iman Bin Hj Pisol, merupakan penceramah bebas di Pulau Pinang.

Majlis ini bertujuan :


RASIONAL PROGRAM  :

Memupuk kecintaan dan minat terhadap al-Quran merupakan salah satu agenda untuk menghidupkan syiar Islam disamping untuk memahirkan bacaan al Quran.

Menghayati  dan memberi penjelasan kepada pelajar-pelajar mengenai hari kemengan umat islam dalam sambutan Aidilfitri menurut ketentuan syarak yang betul kepada pelajar-pelajar.

OBJEKTIF    :

Yakin dengan bacaan dan penguasaan Al-Quran serta melaziminya dalam kehidupan.

Menghargai dan mengiktiraf serta memberi pendedahan kepada kumpulan pelajar berkenaan.

Menarik minat pelajar untuk membaca dan mengkhatamkan al-Quran.

Memberi penekanan serta penghayatan mengenai sambutan Aidilfitri menurut perspektif Islam kepada pelajar-pelajar.

Turut diadakan majlis ini, sumbangan ikhlas kepada anak-anak yatim SMKTBG yang disampaikan oleh Tuan Pengetua SMKTBG En. Abdul Nasir Bin Hj. Salleh dan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang kuiz ramadhan sepanjang di dalam bulan Ramadhan.



Harapan kami agar majlis ini memberi kesan yang mendalam kepada seluruh warga SMK Teluk Bahang dalam menghidupkan bulan ramadhan dan mudah-mudahan lebih mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T..
 Wassalam..
Galeri Gambar:
Majlis Khatam Al-Quran Bermula
Tuan Pengetua SMKTBG menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim SMKTBG
Pelajar khusyuk mendengar sesi ceramah
Al-Fadhil Ustaz Safirul Iman Bin Hj Pisol menyampaikan sesi ceramah beliau
Tuan Pengetua menyampaikan hadiah kepada pemenang kuiz Ramadhan
Pengerusi Majlis Yang Petah Bercakap..Mantobb..
Guru-guru yang berdedikasi..Syukran Jazilan Wajazakallhukhaira...
Guru-guru yang berdedikasi..Syukran Jazilan Wajazakallhukhaira...
Guru-guru yang berdedikasi..Syukran Jazilan Wajazakallhukhaira...
Ketua Panitia Pendidikan Islam menyampaikan cenderahati kepada penceramah
Cikgu Bakhtiar yang tidak asing lagi pakar dalam bidang PA sistem

Selasa, 2 Ogos 2011

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM IHYA' RAMADHAN SEPANJANG BULAN RAMADHAN 1432H/2011

Sempena menyambut awal Ramadhan Al-Mubarak,pada Hari Isnin 1 Ramadhan 1432 H bersamaan 1/8/2011M, Panitia Pendidikan Islam dengan Kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling SMKTBG dengan dan Panitia Bahasa Arab dengan jayanya telah menganjurkan Majlis  Perasmian Ihya' Ramadhan Sepanjang Bulan Ramadhan telah dirasmikan Tuan Pengetua SMK Teluk Bahang En. Abdul Nasir Bin Salleh.Beliau merupakan pengetua baru SMK Teluk Bahang menggantikan En. Rashid Bin Abdul Samad yang berpindah berkhidmat di SMK Bukit Gambir..Warga SMK Teluk Bahang dengan sukacitanya mengalukan kedatangan beliau.


Sempena dalam bulan ramadhan ini,pelbagai program akan dijalankan antranya:

Bil.
Aktiviti-Aktiviti sepanjang Ramadhan
Tarikh
1.
Countdown Ramadhan Kareem
14 Julai-30 Ogos
2.
Ceramah ihya’ Ramadhan+Nuzul Al-Quran
29 Julai
3.
Perasmian ringkas Bulan Penghayatan Ramadhan
1 Ramadhan
4.
Semanis Kurma
5 minit setiap pagi-jadual
5.
Tayangan Kisah Teladan
Sepanjang Ramadhan(WaktuRehat)
6.
Buletin Cahaya Ramadhan
4 kali sepanjang
Ramadhan
7.
Edaran ‘Flyers’ Karnival Ibadah
1 Ramadhan

8.
Kutipan Derma Cahaya Kasih
4 kali sepanjang
 Ramadhan
9.
Tadarus Al-Quran
Setiap hari mengikut jadual yang ditetapkan
10.
Penanda Buku Ramadhan
1 Ramadhan
11.
Pertandingan Poster Ramadhan
Minggu pertama
Ramadhan
12.
Silang Kata Ramadhan
Minggu ketiga
Ramadhan
13.
Treasure Hunt Ramadhan
Minggu keempat
Ramadhan
14.
Kembara Ramadhan ke kampung sekitar Teluk Bahang
2 Kali Sepanjang Ramadhan
14.
Majlis Khatam Al-Quran
26 Ramadhan
15.
Sumbangan Anak Yatim
2 Kali Sepanjang
Ramadhan
16.
Majlis Berbuka Puasa
2 Kali Sepanjang
Ramadhan
17.
Qiamullail
2 Kali Sepanjang
Ramadhan
18.
Solat Sunat Tarawih
Sepanjang Ramadhan
19.
Ole-Ole Ramadhan(Bahan Kering)
2 Kali Sepanjang
Ramadhan
20.
Ceramah “Cahaya Aidilfitri”
26 Ramadhan
Majlis ini bertujuan :


1 Untuk menghidupkan bulan Ramadhan dengan program-program yang dapat  
      meningkatkan amal ibadah dan penghayatan Islam dalam kalangan warga sekolah.

2 Menyediakan kemudahan kepada seluruh warga sekolah untuk sama-sama merebut
      segala kelebihan yang terkandung dalam bulan Ramadhan.

3 Membentuk kesedaran peribadi agar lebih berdisiplin dan bersahsiah tinggi dalam
      kalangan pelajar sekolah.

Harapan kami agar majlis perasmian ini memberi kesan yang mendalam kepada seluruh warga SMK Teluk Bahang dalam menghayati dan melaksanakan ibadat puasa , mudah-mudahan lebih mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T..
Wassalam..


Galeri Gambar:

Bahan Muat Turun

 

BAHAN MUAT TURUN

 

 

POWERPOINT / PDF

 

PANITIA

PERANCANGAN STRATEGIK

SUKATAN PI KBSM

SMK SELURUH JOHOR

PENGURUSAN PANITIA PI

PENGURUSAN PANITIA SK

KAJIAN TINDAKAN

PERANCANGAN STRATEGIK PI JB

 

 

GPI

PENGURUSAN ORGANISASI

GPI PENGGERAK DAKWAH

PENGURUSAN STRES

PELUANG GPI

PROTOKOL DAN IMEJ DIRI

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL

TANGGA GAJI SSM

 

PNP

PEMBELAJARAN KOOPERATIF

KONSEP PETA MINDA

MAHIR JAWI

( Bahasa Arab SK )

Tahun 1

Tahun 2

Tahun 3

Tahun 4

 

e-BOOK ISLAM

RAMADHAN

SENARAI SEMAK RAMADHAN

1001 KISAH TELADAN

BUKTI KEBENARAN AL-QURAN

HIMPUNAN RISALAH

PANDUAN SOLAT TERAWIH

KISAH PARA NABI DAN RASUL

SOLAT TASBIH

100 TOKOH BERPENGARUH

PERISIAN PENDIDIKAN

 

AL-QURAN IN WORD 03

INDEKS AL-QURAN

KAMUS BM-BA-BM

PDF READER

ZIP FAIL

Sistem Markah 'versi beta'

Sistem Markah 'versi alpha'

Sistem Markah TOV 'versi retail'

untuk kegunaan pengiraan

indeks TOV Murid, Kelas dan Sekolah

Perisian Solat Sepanjang Waktu

Borang Claim Perjalanan

Perisian Kira Bayaran Bulanan Pinjaman Kerajaan

Perisian Jam Bercakap

Kertas Jawapan Objektif

 

 

 

Audio & Video

Jet audio 5.0 15.9MB

Power DVD 8.7MB

Winamp 5.04 4.3MB

 

Kamus

e-kamus 5.01 4.9MB

e-kamus 5.02 21.7MB

 

Fonts

Arabic & Jawi fonts 13.5MB

Jawi Multikey 611KB

English fonts 2.16MB

 

Utiliti

Spywareblaster 2.54MB

CCleaner 2.59MB

Cpu-z 506KB

Bootvis 887KB

Youtube download 3.39MB

KOLEKSI PANDUAN P & P 1

 

KOLEKSI PANDUAN P & P PENDIDIKAN ISLAM / B ARAB / TASAWUR / JQAF

 

Popular Posts