Jumaat, 11 November 2011

Majlis Bacaan Yasin Dan Solat Hajat SPM Tahun 1432H /2011M (Majlis Mohon Restu 2011)

Majlis Bacaan Yasin Dan Solat Hajat SPM Tahun 1432H /2011M  (Majlis Mohon Restu 2011)


Setiap kali menjelangnya musim peperiksaan akan diadakan Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat (Majlis Mohon Restu 2011) bersalaman dengan guru-guru sebagai salah satu usaha dan ikhitiar untuk pelajar yang menduduki peperiksaan pada tahun ini agar mereka beroleh kejayaan. Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat pada tahun ini telah diadakan pada pagi Jumaat 11.11.2011 bertempat di Surau SMK Teluk Bahang dengan kehadiran Pengetua SMK Teluk Bahang, En. Abdul Nasir Bin Haji Salleh, PK Pentadbiran, PK Hem dan guru-guru.

Majlis telah bermula pada jam 9.00 pagi. Sebagaimana pada tahun-tahun yang lepas sambutan dari ibu bapa pelajar yang mengambil peperiksaan PMR, SPM  amatlah menggalakkan. Majlis dipengerusikan oleh Al-Fadhil Ustaz Rusdi Bin Mansor, Imam solat Hajat dan bacaan Yaasin dipimpin oleh Al-Fadhil  Ustaz Zainul Akramin Bin Mohd Salim. Aturcara majlis adalah seperti biasa iaitu dimulai dengan bacaan Yaasin, solat Hajat dan ucapan aluan Pengetua  yang disampaikan oleh En. Abdul Nasir Bin Haji Salleh untuk memberi suntikan amanat terakhir sebelum pelajar menghadapi peperiksaan yang akan bermula pada  hari Isnin 14/11/2011 nanti.

Semoga usaha murni ini menguatkan lagi ukhuwwah silaturrahim, mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T..dan bagi pelajar-pelajar yang  akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini akan memperolehi kejayaan yang cemerlang..insyaALLAH..


Galeri Gambar:

Kehadiran Ibu-bapa dan waris
Tuan Pengetua Menyampaikan Alat Tulis Kepada Pelajar-pelajar
PK Pentadbiran  Menyampaikan Alat Tulis Kepada Pelajar-pelajar
Bacaan Yaasin
Pelajar-pelajar  Khusyuk Membaca  Surah Yaasin

Isnin, 7 November 2011

Tips Persediaan Menghadapi Peperiksaan

Tips Persediaan Menghadapi Peperiksaan


1. Semak jadual

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

2. Kunci peperiksaan

Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.

Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

3. Tentukan keutamaan

Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.

Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.

4. Banyak mengingat dan membuat kaitan

Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.

Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

5. Merancang persiapan peperiksaan

Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

a.

    Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.



Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.

Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.

Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.

Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.

Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.

Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.

Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.



b.

    Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.



Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.

Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.

Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.

Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.

Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel

Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.

Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.

c.

    Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.



Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.



    Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.



6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan

Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

7. Berdoa dan bertawakal

Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.

Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.

Ahad, 6 November 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1432H / 2011 M

Panitia Pendidikan Islam SMK Teluk Bahang dengan rendah hati mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1432H / 2011 M kepada seluruh Kaum Muslimin dan Muslimat yang berada di seluruh negara. Kepada anak perantau yang akan kembali beraya ke kampung masing-masing diharapkan semoga sentiasa berhati-hati dan berwaspada samada menaiki kenderaan sendiri ataupun awam. Semoga perjalanan pulang ke kampung diberkati dan diredhai oleh Allah SWT.

Panitia Pendidikan Islam SMK Teluk Bahang ingin mengambil kesempatan sempena Hari Raja Haji ini untuk mengucapkan Selamat Melaksanakan Ibadah Haji kepada bakal-bakal Haji dan Hajjah Malaysia yang kini telah berada di Mekah Al Mukarramah. Tahniah kerana telah mendapat jemputan untuk menjadi TETAMU ALLAH SWT dan Panitia Pendidikan Islam SMK Teluk Bahang mendoakan semoga beroleh Haji Mabrur dan selamat pulang ke tanahair aminn..

Panitia Pendidikan Islam SMK Teluk Bahang ingin juga mengingatkan kepada seluruh rakyat Malaysia supaya memahami dan menghayati intipati sebenar maksud Hari Raya Qurban dan bukan sekadar merayakannya hanya dengan menyembelih binatang Qurban serta ziarah menziarahi sanak keluarga dan rakan taulan.

Semoga pengorbanan kita pada tahun ini mendapat ganjaran dan rahmat daripada Allah S.w.t...amin..

Rabu, 2 November 2011

PROGRAM PENGURUSAN JENAZAH 2011

PROGRAM PENGURUSAN JENAZAH

TARIKH        : 1 NOVEMBER 2011

MASA            : 8.30 PAGI-12.00 TENGAHARI

TEMPAT        : SURAU SMK TELUK BAHANG

PENCERAMAH    : TN. HJ. PISOL DAN USTAZ SHAFIRUL IMAN B. HJ. PISOL

KEHADIRAN
PELAJAR              : 120 ORANG



Pada 1 November 2011 yang lepas, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah kepada para pelajar Islam yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan PMR. Program ini telah mendapat kerjasama daripada Unit Bimbingan&Kaunseling serta Unit Hal Ehwal Murid di bawah Program Pasca PMR 2011. Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar Islam tentang kafiat pengurusan jenazah yang merupakan tuntutan fardhu kifayah terhadap setiap orang Islam ke atas orang Islam yang lain. Memahami konsep dan amali dalam pengurusan jenazah memerlukan pengetahuan dan kemahiran tertentu. Oleh itu program ini diharap dapat memberi panduan kepada para pelajar khususnya para pelajar lepasan PMR agar dapat mempraktikkan dalam medan masyarakat terutamanya ahli keluarga terdekat.

Objektif Kursus Pengurusan Jenazah :
1. Membolehkan setiap pelajar memahami dan menguruskan jenazah secara amali
2. Setiap pelajar dapat mengenali perkara-perkara yang perlu dilakukan seperti memandikan, mengapankan, menyembahyangkan dan mengebumikan jenazah
3. Menambah pengetahuan para pelajar tentang ilmu-ilmu berkaitan dengan fardhu kifayah.

Alhamdulillah..Kursus Pengurusan Jenazah telah berjaya mencapai objektif dan mendapat kerjasama daripada pihak guru serta sambutan yang hebat daripada para pelajar tingkatan dua dan tiga. Para pelajar telah didedahkan dan merasai sendiri pengalaman dikapankan, dimandikan, disembahyangkan dan dikebumikan.

Semoga Kursus Pengurusan Jenazah ini akan menjadi program tahunan dan sebagai satu iktibar bagi melahirkan para pelajar generasi Rabbani yang memperkasakan syariat Allah berpandukan Al-Quran dan Sunnah Nabi. InsyaAllah... 


GALERI GAMBAR: 



Bahan Muat Turun

 

BAHAN MUAT TURUN

 

 

POWERPOINT / PDF

 

PANITIA

PERANCANGAN STRATEGIK

SUKATAN PI KBSM

SMK SELURUH JOHOR

PENGURUSAN PANITIA PI

PENGURUSAN PANITIA SK

KAJIAN TINDAKAN

PERANCANGAN STRATEGIK PI JB

 

 

GPI

PENGURUSAN ORGANISASI

GPI PENGGERAK DAKWAH

PENGURUSAN STRES

PELUANG GPI

PROTOKOL DAN IMEJ DIRI

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL

TANGGA GAJI SSM

 

PNP

PEMBELAJARAN KOOPERATIF

KONSEP PETA MINDA

MAHIR JAWI

( Bahasa Arab SK )

Tahun 1

Tahun 2

Tahun 3

Tahun 4

 

e-BOOK ISLAM

RAMADHAN

SENARAI SEMAK RAMADHAN

1001 KISAH TELADAN

BUKTI KEBENARAN AL-QURAN

HIMPUNAN RISALAH

PANDUAN SOLAT TERAWIH

KISAH PARA NABI DAN RASUL

SOLAT TASBIH

100 TOKOH BERPENGARUH

PERISIAN PENDIDIKAN

 

AL-QURAN IN WORD 03

INDEKS AL-QURAN

KAMUS BM-BA-BM

PDF READER

ZIP FAIL

Sistem Markah 'versi beta'

Sistem Markah 'versi alpha'

Sistem Markah TOV 'versi retail'

untuk kegunaan pengiraan

indeks TOV Murid, Kelas dan Sekolah

Perisian Solat Sepanjang Waktu

Borang Claim Perjalanan

Perisian Kira Bayaran Bulanan Pinjaman Kerajaan

Perisian Jam Bercakap

Kertas Jawapan Objektif

 

 

 

Audio & Video

Jet audio 5.0 15.9MB

Power DVD 8.7MB

Winamp 5.04 4.3MB

 

Kamus

e-kamus 5.01 4.9MB

e-kamus 5.02 21.7MB

 

Fonts

Arabic & Jawi fonts 13.5MB

Jawi Multikey 611KB

English fonts 2.16MB

 

Utiliti

Spywareblaster 2.54MB

CCleaner 2.59MB

Cpu-z 506KB

Bootvis 887KB

Youtube download 3.39MB

KOLEKSI PANDUAN P & P 1

 

KOLEKSI PANDUAN P & P PENDIDIKAN ISLAM / B ARAB / TASAWUR / JQAF

 

Popular Posts