
CIKGU,
SELAMAT HARI GURU
HAPPY TEACHER'S DAY
SAJAK GURU OH GURU
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
ADAB BERGURU
Pelajar beradab
1. Memberi salam apabila bertemu
2. Bercakap menggunakan bahasa yang sopan
3. Manis muka menerima teguran dan nasihat guru
4. Menegur atau bertanya khabar apabila bertemu guru di luar kawasan sekolah
5. Membuat kerja yang disuruh dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh
Pelajar kurang beradab / sopan
1. Tidak memberi salam apabila bertemu
2. Bercakap menggunakan bahasa yang kasar dan melawan guru
3. Bermasam muka menerima teguran dan nasihat guru
4. Tidak mengindahkkan guru apabila bertemu di luar kawasan sekolah
5. Tidak ikhlas membuat kerja yang disuruh dan tidak bersungguh-sungguh
CARA MENGENANG JASA GURU
Mendoakan kebaikan dan kebajikannnya
Mengeratkan silaturahim walaupun telah tamat pengajian
Menziarahi guru ketika berkelapangan / di hari perayaan
Menghormati guru sepanjang masa
Mengucap terima kasih kepada guru apabila memperolehi kejayaan
HIKMAH / FAEDAH MENGHORMATI GURU
1. Ilmu yang dipelajari diberkati Allah
2. Membentuk peribadi dan akhlak mulia
3. Mudah mengingati dan memahami pengajaran guru
4. Memperolehi kejayaan di dunia dan di akhirat
AKIBAT TIDAK MENGHORMATI GURU
1. Ilmu yang dipelajari tidak mendapat keberkatan Allah
2. Tidak bermoral dan rendah budi pekerti
3. Susah mengingati dan mengikuti ajaran guru
4. Mudah terpengaruh dengan unsur-unsur nagetif




















8:43:00 PG
Panitia Pendidikan Islam SMKTBG




