Khamis, 2 Ogos 2012

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM HILAL RAMADHAN 2012 M/1433 H

LAPORAN DARI: CIK YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)


Tarikh     : 23 Julai 2012 / 3 Ramadan 1433H
Tempat : Dataran Tn. Hj. Abdul Malik
Anjuran: Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling

ISTIMEWANYA RAMADHAN…Bulan Ramadhan yang mulia kembali lagi menjenguk kita. Inilah musim di mana amal ibadah dilakukan dengan penuh khusyuk dan ikhlas yang akan mendapat ganjaran berlipat kali ganda daripada ALLAH Taala. Bulan ini juga ALLAH Taala membuka seluas luasnya pintu kebaikan kepada hamba-hambaNya kerana Ramadhan ialah bulan limpahan ganjaran pahala yang penuh dengan kebaikan. Nabi Muhammad S.A.W menyatakan kelebihan bulan ini melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud :

“Apabila tibanya Ramadhan dibukakan pintu-pintu syurga maka tertutuplah pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan dibelenggu”.   Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim.

Alhamdulillah, pada 23 Julai yang lalu SMK Teluk Bahang telah melancarkan satu program iaitu Program Hilal Ramadhan yang bertemakan “PUASA MEMBENTUK PERIBADI MUSLIM CEMERLANG” dan mempunyai beberapa objektif.
Antaranya :
a. untuk menghidupkan bulan Ramadhan dengan program-program yang dapat meningkatkan
     amal ibadah dan penghayatan Islam dalam kalangan warga sekolah.

b. menyediakan kemudahan kepada seluruh warga sekolah untuk sama-sama merebut segala
     kelebihan yang terkandung dalam bulan Ramadhan.

c.  membentuk kesedaran peribadi agar lebih berdisiplin dan bersahsiah tinggi dalam kalangan   
     pelajar sekolah.

Antara aktiviti-aktiviti yang dirancang sepanjang program pada bulan Ramadhan :

Bil.
Aktiviti-Aktiviti sepanjang Ramadhan
1.
Perasmian ringkas bulan Ramadhan
2.
Buletin ‘Sinar Ramadhan’
3.
Ceramah Nuzul Al-Quran
4.
Ceramah “Adab Menyambut Aidilfitri Menurut Islam”
5.
Semanis Kurma
6.
Tayangan/Ulasan Ringkas
Pertandingan Puzzle/Teka Silangkata
7.
Tadarus Al-Quran
8.
Solat Sunat Dhuha
9.
KULMIT (Kuliah 5 Minit) Bersama Tn. Pengetua
10.
Kembara BersamaMu Warga Teluk Bahang
11.
Key Chain Ramadhan
12.
Kutipan derma dalam bentuk wang / bahan asasi makanan untuk sumbangan anak yatim/miskin

Tentatif Pelancaran Program Hilal Ramadhan :
                *Ucapan Alu-luan Pengerusi Majlis
                *Bacaan Doa oleh : Mohd Saiful B. Ibrahim (3 Brigadier)
                *Alunan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Khairool Husaini B. Husin (3 Kapten)
                *Semanis Kurma oleh Nur Natrah Bt. Yacob (4 Kolonel)
                *Ucapan Ketua Panitia Pendidikan Islam : Ustaz Zainul Akramin B. Mohd Salim  
                *Ucapan Tn. Pengetua : En. Abdul Nasir B. Hj. Salleh
                *Pelancaran Gimik Perasmian (meletakkan tanda larangan pada replika makanan sebagai
   simbolik dilarang makan dan minum pada bulan puasa.
                *Penyampaian Ole-Ole Ramadhan kepada anak yatim
                *Penyampaian cenderahati kepada guru-guru.


                                SEMARAK MEWANGI KUNTUM KEMBOJA,
                        MEKAR BERKEMBANG DIPERSADA IBUNDA,
                        PEMIMPIN MUDA DI ASAH MINDANYA,
                        PROGRAM HILAL RAMADHAN TAPAK BERMULA.


Semoga program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan. Harapan semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak khususnya warga SMK Teluk Bahang. Terima kasih diucapkan kepada barisan AJK pelaksana Program Hilal Ramadhan yang telah menyumbang dan bakal menyumbang idea, usaha dan tenaga dalam menjayakan program ini. Semoga dirahmati ALLAH.
Ramadhan…Awalnya adalah rahmat, pertengahan adalah keampunan dan penghujungnya adalah perlepasan dari azab api neraka.


~AL MADRASATI HABIBATI~













Ahad, 15 Julai 2012

Bahan Muat Turun PI PMR 2012

Perhatian kepada Ketua Panitia Pendidikan Islam Sekolah Menengah,
Sila muat turun dua bahan Pendidikan Islam PMR 2012.
Sebarang pertanyaan mengenai password bukaan, sila hubungi Ustaz Yusoff Bin Bahari di talian 016 465 5916.

Khamis, 19 April 2012

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri 2012

Tarikh : 18 APRIL 2012
Tempat : SMK Teluk Bahang, Pulau Pinang

Majlis Tilawah Al-Quran bagi tahun 2012 peringkat negeri telah berlangsung dengan gilang- gemilang di Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Bahang selaku tuan rumah. Seluruh warga sekolah berasa amat bangga di atas kepercayaan yang diberikan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang kepada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Bahang selaku tuan rumah bagi mengelola dan menjayakan majlis tersebut.

Semua peserta yang terlibat lebih kurang seramai 70 orang pelajar yang mewakili lima buah daerah-daerah pelajaran iaitu daripada Daerah Barat Daya, Daerah Timur Laut, Daerah Seberang Perai Utara,Daerah Seberang Perai Selatan dan Daerah Seberang Perai Tengah. Kesemua peserta yang terlibat telah mempamerkan persembahan yang terbaik dan mengkagumkan hadirin dan hadirat.

Semua warga sekolah telah berusaha membuat persiapan yang terbaik bagi menjayakan majlis tersebut. Guru-guru, pelajar-pelajar dan seluruh staf sekolah bertungkus-lumus memastikan semua lokasi pertandingan dan kawasan pertandingan sedia digunakan tanpa sebarang masalah semasa pertandingan berlangsung. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.

Pertandingan dimulakan lebih kurang pada pukul 9.00 pagi dan selesai sepenuhnya lebih kurang pada pukul 12.00 tengahari. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang. Pihak sekolah amat berharap agar peserta-peserta yang bakal mewakili negeri akan membuat persiapan yang terbaik bagi merangkul kejayaan diperingkat kebangsaan. Pulau Pinang ! PASTI BOLEH !

Akhir sekali, terima kasih banyak kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis tersebut. Tahniah khususnya kepada Encik Abd. Nasir Bin Haji Salleh selaku pengetua SMK Teluk Bahang di atas sokongan dan idea beliau dalam memastikan majlis tersebut dapat dijalankan dengan baik dan lancar. Kerjasama tuan/puan dalam majlis tersebut mempamerkan "team work" kita dalam menjayakan sesuatu program. Tahniah sekali lagi.

SMK Teluk Bahang "End Of The World"
Jauh Di mata, Dekat di hati



 

























Jumaat, 6 April 2012

Pertandingan Silang kata “MINDA ISLAM” , Cara-cara Bersuci dan Demo Penyembelihan Ayam

LAPORAN DARI: USTAZAH NOORADILLAH BINTI HASHIM

Tarikh : 04 APRIL 2012 (RABU 7.45-9.00 am)

Tempat : Dataran Tuan Haji Abdul Malek, SMK Teluk Bahang, Pulau Pinang

Anjuran: Persatuan Pergerakkan Pelajar-pelajar Islam bersama Panitia

Pendidikan Islam

Alhamdulillah, Persatuan Pergerakkan Pelajar-pelajar Islam bersama Panitia Pendidikan Islam berjaya melaksanakan beberapa aktiviti yang menarik kepada semua pelajar SMK Teluk Bahang. Terdapat tiga aktiviti yang dapat dilaksanakan antara ialah Pertandingan Silang kata “MINDA ISLAM” , Cara-cara Bersuci dan Demo Penyembelihan Ayam.

Untuk aktiviti yang pertama ialah Pertandingan Kuiz MINDA ISLAM yang melibtkan 23 Kelab Persatuan yang mengambil bahagian. Soalan-soalan kuiz ini hanya melibatkan tajuk-tajuk dalam matapelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4. Ini bertujuan untuk menguji kepintaran dan kepantasan pelajar-pelajar dalam menjawab soalan-soalan tersebut. Pertandingan kuiz Minda Islam mendapat sambutan yang baik daripada pelajar-pelajar SMK Teluk Bahang sehinggakan semua pelajar begitu kusyuk menjawab soalan sehingga tidak mencukupi masa yang ditetapkan.

Aktiviti kedua ini dikendalikan oleh Ustaz Mohd Tajuddin Ismail dan Ustaz Mohd Siroj bin Abdul Lathiff ialah cara bersuci iaitu berwudu’ dengan menngunakan sebotol air mineral. Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang cara-cara berwudu’ dengan menggunakan air yang sedikit sekiranya berlaku kemaslahatan yang tidak diingini. Bersuci juga satu perkara wajib yang dituntut oleh agama. Apabila seseorang hendak beribadat kepada Allah dia hendaklah bersuci terlebih dahulu sama ada menggunakan air atau alat-alat lain yang di haruskan bersuci.

Aktiviti yang terakhir juga dikendalikan oleh Ustaz Mohd Siroj bin Abdul Lathiff dan Ustaz Mohd Tajuddin Ismail berkaitan dengan cara-cara penyembelihan ayam menurut syariat Islam. Pelajar diberi penerangan terlebih dahulu tentang apa maksud sembelihan. Sembelihan bermaksud menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan memutuskan urat halkum dan urat merih dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana ALLAH dan hukum sembelihan adalah wajib bagi tujuan memakan daging binatang yang halal. Demo ini melibatkan 3 ekor ayam yang disembelih oleh ustaz dan wakil dari pelajar lelaki dan wakil dari pelajar perempuan.

Akhir kalam, terima kasih dan tahniah atas kerjasama semua warga IQRA. Semoga Allah memberkati program kita pada hari ini. Wallahua’lam…


Pelajar Khusyuk Menjawab Teka Silang Kata
Ustaz Mohd Tajuddin Ismail menunjukkan kepada pelajar cara berwuduk menggunakan air mineral botol
Pelajar melakukan cara berwuduk menggunakan air mineral
Demo sembelihan dilakukan oleh Ustaz Mohd Tajuddin Ismail & Ustaz Rusdi Mansor
Pelajar lelaki memberanikan diri melakukan sembelihan
Pelajar perempuan memberanikan diri melakukan sembelihan

Bahan Muat Turun

 

BAHAN MUAT TURUN

 

 

POWERPOINT / PDF

 

PANITIA

PERANCANGAN STRATEGIK

SUKATAN PI KBSM

SMK SELURUH JOHOR

PENGURUSAN PANITIA PI

PENGURUSAN PANITIA SK

KAJIAN TINDAKAN

PERANCANGAN STRATEGIK PI JB

 

 

GPI

PENGURUSAN ORGANISASI

GPI PENGGERAK DAKWAH

PENGURUSAN STRES

PELUANG GPI

PROTOKOL DAN IMEJ DIRI

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL

TANGGA GAJI SSM

 

PNP

PEMBELAJARAN KOOPERATIF

KONSEP PETA MINDA

MAHIR JAWI

( Bahasa Arab SK )

Tahun 1

Tahun 2

Tahun 3

Tahun 4

 

e-BOOK ISLAM

RAMADHAN

SENARAI SEMAK RAMADHAN

1001 KISAH TELADAN

BUKTI KEBENARAN AL-QURAN

HIMPUNAN RISALAH

PANDUAN SOLAT TERAWIH

KISAH PARA NABI DAN RASUL

SOLAT TASBIH

100 TOKOH BERPENGARUH

PERISIAN PENDIDIKAN

 

AL-QURAN IN WORD 03

INDEKS AL-QURAN

KAMUS BM-BA-BM

PDF READER

ZIP FAIL

Sistem Markah 'versi beta'

Sistem Markah 'versi alpha'

Sistem Markah TOV 'versi retail'

untuk kegunaan pengiraan

indeks TOV Murid, Kelas dan Sekolah

Perisian Solat Sepanjang Waktu

Borang Claim Perjalanan

Perisian Kira Bayaran Bulanan Pinjaman Kerajaan

Perisian Jam Bercakap

Kertas Jawapan Objektif

 

 

 

Audio & Video

Jet audio 5.0 15.9MB

Power DVD 8.7MB

Winamp 5.04 4.3MB

 

Kamus

e-kamus 5.01 4.9MB

e-kamus 5.02 21.7MB

 

Fonts

Arabic & Jawi fonts 13.5MB

Jawi Multikey 611KB

English fonts 2.16MB

 

Utiliti

Spywareblaster 2.54MB

CCleaner 2.59MB

Cpu-z 506KB

Bootvis 887KB

Youtube download 3.39MB

KOLEKSI PANDUAN P & P 1

 

KOLEKSI PANDUAN P & P PENDIDIKAN ISLAM / B ARAB / TASAWUR / JQAF

 

Popular Posts