Jumaat, 26 Februari 2010

Sambutan Maal Hijrah 1431 H

Admin

Sambutan Maal Hijrah 1431 H

Sumber dari:
www.smktbg.com

Pada 22 Muharram 1431H bersamaan dengan 8 Januari 2010, telah diadakan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Sekolah bertempat di Dewan Makan Asrama anjuran Panitia Pendidikan Islam SMK Teluk Bahang.

Sambutan yang bertemakan “Memantap Ukhwah Memperkasa Ummah” bertujuan untuk melahirkan generasi yang berfikiran positif untuk mencapai kemajuan di samping tabah dan gigih dalam menuntut ilmu untuk menjadi umat yang cemerlang.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yaasin. Seterusnya pelajar-pelajar bergerak ke dewan untuk ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Moin bin Hashim, Ketua Unit Dakwah Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang. Antara inti pati ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Moin ialah bagaimana hendak menjadi cemerlang dalam bukan sahaja aspek akademik tetapi juga sahsiah.

Selepas rehat, pelajar-pelajar berkumpul untuk agihan bubur Asyura yang ditaja oleh pengusaha dewan makan asrama, Tuan Haji Abdul Sukor bin Maidin. Terima kasih yang tidak terhingga kepada beliau.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Panitia Pendidikan Islam khususnya dan semua guru dan pelajar yang terlibat dalam menjayakan program yang berjalan lancar pada hari ini. Semoga semua yang hadir mendapat manfaat dari apa yang disampaikan. Salam Maal Hijrah 1431H…

P/S: Selamat Hari Lahir buat PK Pentadbiran, Puan Zaleha yang menyambut hari lahir pada 8 Januari. Semoga panjang umur dan murah rezeki.





Tuan Haji Abdul Moin menyampaikan ceramah


Ustaz Zainul Akramin membantu pengagihan bubur asyuraa.


1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Meriah nampak..
semoga allah SWT membalas usaha yang kita lakukan..
-Guru SMKTBG

Catat Ulasan

Bahan Muat Turun

 

BAHAN MUAT TURUN

 

 

POWERPOINT / PDF

 

PANITIA

PERANCANGAN STRATEGIK

SUKATAN PI KBSM

SMK SELURUH JOHOR

PENGURUSAN PANITIA PI

PENGURUSAN PANITIA SK

KAJIAN TINDAKAN

PERANCANGAN STRATEGIK PI JB

 

 

GPI

PENGURUSAN ORGANISASI

GPI PENGGERAK DAKWAH

PENGURUSAN STRES

PELUANG GPI

PROTOKOL DAN IMEJ DIRI

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL

TANGGA GAJI SSM

 

PNP

PEMBELAJARAN KOOPERATIF

KONSEP PETA MINDA

MAHIR JAWI

( Bahasa Arab SK )

Tahun 1

Tahun 2

Tahun 3

Tahun 4

 

e-BOOK ISLAM

RAMADHAN

SENARAI SEMAK RAMADHAN

1001 KISAH TELADAN

BUKTI KEBENARAN AL-QURAN

HIMPUNAN RISALAH

PANDUAN SOLAT TERAWIH

KISAH PARA NABI DAN RASUL

SOLAT TASBIH

100 TOKOH BERPENGARUH

PERISIAN PENDIDIKAN

 

AL-QURAN IN WORD 03

INDEKS AL-QURAN

KAMUS BM-BA-BM

PDF READER

ZIP FAIL

Sistem Markah 'versi beta'

Sistem Markah 'versi alpha'

Sistem Markah TOV 'versi retail'

untuk kegunaan pengiraan

indeks TOV Murid, Kelas dan Sekolah

Perisian Solat Sepanjang Waktu

Borang Claim Perjalanan

Perisian Kira Bayaran Bulanan Pinjaman Kerajaan

Perisian Jam Bercakap

Kertas Jawapan Objektif

 

 

 

Audio & Video

Jet audio 5.0 15.9MB

Power DVD 8.7MB

Winamp 5.04 4.3MB

 

Kamus

e-kamus 5.01 4.9MB

e-kamus 5.02 21.7MB

 

Fonts

Arabic & Jawi fonts 13.5MB

Jawi Multikey 611KB

English fonts 2.16MB

 

Utiliti

Spywareblaster 2.54MB

CCleaner 2.59MB

Cpu-z 506KB

Bootvis 887KB

Youtube download 3.39MB

KOLEKSI PANDUAN P & P 1

 

KOLEKSI PANDUAN P & P PENDIDIKAN ISLAM / B ARAB / TASAWUR / JQAF

 

Popular Posts