Admin
Sambutan Maal Hijrah 1431 H
Sumber dari:
www.smktbg.com
Pada 22 Muharram 1431H bersamaan dengan 8 Januari 2010, telah diadakan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Sekolah bertempat di Dewan Makan Asrama anjuran Panitia Pendidikan Islam SMK Teluk Bahang.
Sambutan yang bertemakan “Memantap Ukhwah Memperkasa Ummah” bertujuan untuk melahirkan generasi yang berfikiran positif untuk mencapai kemajuan di samping tabah dan gigih dalam menuntut ilmu untuk menjadi umat yang cemerlang.
Majlis dimulakan dengan bacaan Yaasin. Seterusnya pelajar-pelajar bergerak ke dewan untuk ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Moin bin Hashim, Ketua Unit Dakwah Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang. Antara inti pati ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Moin ialah bagaimana hendak menjadi cemerlang dalam bukan sahaja aspek akademik tetapi juga sahsiah.
Selepas rehat, pelajar-pelajar berkumpul untuk agihan bubur Asyura yang ditaja oleh pengusaha dewan makan asrama, Tuan Haji Abdul Sukor bin Maidin. Terima kasih yang tidak terhingga kepada beliau.
Sekalung tahniah diucapkan kepada Panitia Pendidikan Islam khususnya dan semua guru dan pelajar yang terlibat dalam menjayakan program yang berjalan lancar pada hari ini. Semoga semua yang hadir mendapat manfaat dari apa yang disampaikan. Salam Maal Hijrah 1431H…
P/S: Selamat Hari Lahir buat PK Pentadbiran, Puan Zaleha yang menyambut hari lahir pada 8 Januari. Semoga panjang umur dan murah rezeki.
Tuan Haji Abdul Moin menyampaikan ceramah
Ustaz Zainul Akramin membantu pengagihan bubur asyuraa.
Jumaat, 26 Februari 2010
Sambutan Maal Hijrah 1431 H
Bahan Muat Turun
BAHAN MUAT TURUN
POWERPOINT / PDF
PANITIA
GPI
PNP ( Bahasa Arab SK )
e-BOOK ISLAM PERISIAN PENDIDIKAN
Sistem Markah TOV 'versi retail' untuk kegunaan pengiraan indeks TOV Murid, Kelas dan Sekolah Perisian Solat Sepanjang Waktu Perisian Kira Bayaran Bulanan Pinjaman Kerajaan
|
Popular Posts
-
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 2010 SEPANJANG BULAN RAMADHAN 1431 H TEMA ”TINGKATKAN AMAL GANDAKAN PAHALA” ANJURA...
-
CARA MENGDOWNLOAD: KLIK PADA LINK DAN TUNGGU SEKETIKA.. ATAU: Penguna: Internet Explorer , Sila klik kanan pada mana-mana link dan pilih...
-
LAPORAN DARI: USTAZAH NOORADILLAH BINTI HASHIM Tarikh : 04 APRIL 2012 (RABU 7.45-9.00 am) Tempat : Dataran Tuan Haji Abdul Malek, SMK Te...
-
Sempena menyambut awal Ramadhan Al-Mubarak,pada Hari Khamis 25/8/2011 bersamaan 25 Syawal, Panitia Pendidikan Islam dengan Kerjasama Unit ...
-
KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN SPM 2011 P/S: Sesetengah soalan disertakan bersama skema jawapan. SOALAN PERCUBAAN SPM 2011 – SBP SPM BAHASA MEL...
-
Alhamdulillah pada hari ini 24/5/2010 Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama yang padu dari unit HEM yang diterajui oleh Al-Fadhil Ustaz ...
-
Sambutan Maulidur Rasul S.A.W 1433/2012 TELUK BAHANG,PULAU PINANG – Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Biro Kerohanian Asrama SMK...
-
Tarikh Pertandingan: 19/5/2010 Hari : Rabu Masa : 12.10-2.45 Petang Alhamdulillah Kelab Persatuan Pelajar-Pelajar Islam ...
-
Perhatian kepada Ketua Panitia Pendidikan Islam Sekolah Menengah, Sila muat turun dua bahan Pendidikan Islam PMR 2012 . Bahan A { klik...
-
Tinta Pengetua (Mantan Pengetua) 2009-2011 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.. Setinggi-tinggi tahniah kepada Panitia Pen...
1 comments:
Meriah nampak..
semoga allah SWT membalas usaha yang kita lakukan..
-Guru SMKTBG
Catat Ulasan